Semalam ada sorang memer AJK Pemuda ajar bukak puasa ramai-ramai hari ni.
Selamba ja aku jawab. "Aku tak puasa tapi aku mogok lapar esok."
Dia "Awat pulak?
Aku "Mogok lapar boleh hisap rokok tapi kalau puasa mana boleh"
Dia "Cheh!
Dari segi politik aku tak berapa setuju bila Pakatan Rakyat buat mogok lapar. Pada aku apa sangat mogok lapar untuk Umno. Depa tak heran la kalau ada yang nak mogok lapar pun. Memang takdak kesan punya.
Kalau buat puasa sunat lagi laa depa tak heran. Kita buat solat hajat beratus ribu yang pi pun depa tak heran. Depa nak heran apa kalau benda-benda macam tu depa tak yakin langsung akan bagi kesan kat depa.
Bab-bab dengan tuhan ni pemimpin Umno cuma percaya takat 6 rukun iman ja. Tu pun tahap kepercayaan depa masih boleh didebatkan lagi.
Kalau masa bulan Ramdhan pun ramai dari kalangan pimpinan Umno siguk bercuti keluar negara, puasa sunat lagi laa depa tak heran. Aku bukan nak tuduh cuma nak panjangkan tuduhan dari perawi yang aku pun tak ingat sapa.
Lagi satu, Umno memang seronok bila PAS anjurkan puasa sunat sekai dengan DAP yang anjurkan mogok lapar. Pasainya depa dapat satu peluru 'islamik'. Umno ni jarang sangat nak dapat peluru 'islamik' nak boleh tembak PAS.
Mula laa kita dengar balik Mufti-mufti Umno ni canang pasai haram puasa sunat jenih ni. Yang lagi nakai siap tolong karang niat puasa tu. Malas aku nak buat link ke blog yang tolong karang niat tu, buat sakit hati ja.
Lagi satu pasai mogok lapar ni, depa tak takut pasai depa yakin takkan ada yang mati kalau takat mogok lapat ni. Kalau sampai ada wakil rakyat mati, yang tu memang depa gelabah punya. Mana tak gelabah, nak kena hadapi lagi PRK kecik.
Hari ni aku bukak 'mogok' lapar aku pukui 4.15 petang. Bukan saja nak bukan tapi terlupa. Dah duduk kat kedai makan, dah order mee kungfu dah pun baru teringat.
Esok aku ingat nak puasa laa. lama dah tak puasa sunat ni. Dulu masa sebulan dua nak ambik SPM selalu jugak puasa sunat ni. Bukan apa, jenih study last minit, sebelum subuh dah bangkit pasai nak study, perut lapar, masak meggi terus la niat puasa. Lagi pun masa tu nak makan pun tak senang pasai teringat banya lagi benda yang tak baca lagi.
Jadinya sempena esok hari Khamis, jom kita ramai-ramai puasa sunat hari Khamis. Lepas tu bagi yang duduk tak jauh dengan pejabat PAS Ipoh boleh la joint sama bukak puasa kat sama.
p/s - Agak-agak kalau hangpa jadi perwakilan, sapa hangpa nak pilih jadi Timbalan Presiden PAS. Kalau aku, aku pilih Mat Sabu