Nizar vs Zambry : Mahkamah Rayuan Ikut Skrip, kita nak ikut sapa? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 25, 2009

Nizar vs Zambry : Mahkamah Rayuan Ikut Skrip, kita nak ikut sapa?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bang Mat Sabu, calon Timbalan Presiden PAS kata Mahkamah Rayuan yang bagi kemenangan 3-0 kat Zambry pada 22 Mei sebagai sebagai keputusan yang mengikut skrip. Keputusan yang telah diskripkan itu menandakan matinya demokrasi di negara kita.

Bukan takat demokrasi dah mati tapi mahkamah pun nak tarik masuk dalam kubur sekali.
"Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai ADUN dan Pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi," ujarnya.

Meskipun begitu Mohamad Sabu masih mengharapkan akan berlakunya pembubaran DUN oleh pihak BN.

Persolannya ialah bagaimana kita tahu bahawa Nizar telah hilang majoriti dalam DUN? Adakah ujian dibuat dalam DUN?

Ok, semua orang yang tak sokong Umno setuju yang Mahkamah Rayuan ikut skrip, masalahnya kita ni nak ikut sapa?

Lagi satu, masalahnya Demokrasi pun tak berapa nak boleh ikut pasai Umno BN tak pernah tak tipu atau seleweng dalam berpolitik demokrasi.

Saluran undang-undang pun tak boleh harap pasai kadang-kadang sangat 'nampak' adil, selalunya keputusan jelas nampak ikut skrip.

Jadinya apa jalan lagi yang kita ada? Jalanraya? Masalahnya sapa nak jadi kepala? Ataupun soalan yang lebih releven la ni, sapa yang boleh patut dilantik jadi kepala?



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...