Sofi Wahab, Timbalan PJ Melaka yang baru tulis dalam blog dia
Perak bakal mendapat Pesuruhjaya baru apabila Ustaz Ahmad Awang membayangkan akan menyerahkan jawatan tersebut selepas muktamar akan datang.
Dalam ucapan penggulungan sempena konvensyen PAS Perak baru-baru ini beliau menyatakan penggantinya merupakan seorang yang dinamik, progresif dan hebat yang bakal membawa PAS Perak ke baru yang lebih gemilang. Beliau juga membayangkan untuk tidak akan bertanding pada pemilihan PAS awal Jun nanti.
Malaysiakini 22 Mei lepas dalam artikel bertajuk "Ahmad Awang tolak semua pencalonan" melaporkan
Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang menolak semua pencalonan termasuk menarik diri daripada mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan parti itu bulan depan.
Dua lagi pencalonan yang ditolaknya ialah untuk kerusi jawatankuasa PAS pusat dan jawatankuasa Dewan Ulama.
Beliau adalah antara tiga naib presiden sekarang. Dua lagi ialah Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Malaysiakini juga melaporkan yang Ustaz Ahmad Awang mengambil pendirian tu atas faktor usia.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Ahmad mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan naib presiden kerana ingin menumpukan kepada usaha-usaha dakwah.
Selain itu, katanya, calon-calon bagi jawatan tersebut lebih muda daripadanya dan sesuai untuk menggalas tugas naib presiden bagi membantu pucuk pimpinan parti.
Ditanya sama ada beliau bermaksud menggesa pemimpin yang sudah berumur mengundur diri daripada perebutan kerusi nombor dua dalam PAS itu, Ahmad hanya berseloroh berkata:
"Saya rasa saya yang paling tua (antara semua calon nain presiden), sudah 74 tahun. Tidak ada dah yang lebih tua daripada saya."

Ada lagi ka calon lain? Kut-kut nak letak golongan ulama' jugak ka!