Aku tak tau, sungguh aku taktau dan tak pernah ambik tau sebelum ni. Bukan tak teringin nak ambik tau tapi takdan kut.
Tapi bila aku terbaca entry blog Faisal Tehrani aku tersentak. Takkan kut? Bukan pasai apa, aku teringat ada sekali aku bagi kerjasama dengan geng Hindraf pasai depa nak buat program nak kutip dana untuk orang miskin Sri Langka. Aku takmau buat andaian pasai aku langsung takdak maklumat.
Saudara pembaca mungkin terlupa atau kurang tahu apa yang berlaku pada 3 Ogos 1990, apabila LTTE Tamil Tiger (yang mendakwa pejuang masyarakat Tamil) ini telah membunuh 103 umat Islam Tamil yang sedang bersolat di Masjid Kattankudiy di Batticaloa. Perkara sama berlaku pada 3 Ogos 2006 di Muttur.
Badan hak asasi manusia - The Society for Peace, Unity & Human Rights in Sri Lanka (SPUR) - yang beribupejabat di Victoria, Australia menyatakan pembunuhan terhadap umat Islam Tamil oleh LTTE ini turut berlaku di Kebitigollewe (15 Jun 2006), juga di desa Kalyanapura, Gomarankadawala pada 23 April 2006 dan pembunuhan di Welikanda ada 29 Mei 2006.
Bila tengok gambar-gambar kat dalam blog Faisal Tehrani tu, ish! ngeri jugak, meremang jugak bulu roma. Bawah ni sebahagian dari gambar tu, nak tengok gambar lagi ngeri boleh pi blog Faisal Tehrani.
Aku memang betui-betui tak kenai sapa LTTE ni. Aku try cari dan jumpa artikel ni dan rencana ni
Selepas baca dan tengok, prejudis aku kat Hindraf ni semakin menebai, ditambah insiden-insiden sebelum-sebalum ni dan ditambah dengan 'insiden peribadi' masa PRK Bukit Gantang dulu.