Muktamar ke-55 : Apa cerita pulak ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 30, 2009

Muktamar ke-55 : Apa cerita pulak ni?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Aku copy paste dari MSO, kut-kut ada yang berminat nak siasat. Harap-harap ada yang b oleh bagi bukti yang berita ni fitnah.

Kalaulah sungguh bagai dikata, betapa malangnya PAS, budaya busu Umno semakin menular masuk ke dalam PAS. Aktiviti melobi dan mencantas calon semakin hilang adap dan semakin busuk.

Bagi yang biasa ikuti tulisan Mso mesti boleh agak sapa calon Timbalan Presiden yang dia maksudkan .

Masalahnya takkan MSO saja-saja nak reka cerita, kalau pun dia reka cerita takkan dia nak tulis terang macam tu dalam blog dia.

Persoalannya

Sms tu dia dapat dari sapa tak pulak dia bagitau dan awat pulak hantar sms tu
kat dia, apa kena mengena dia dengan PAS Kawasan berkenaan.

Kalau pun betui memang ada rancangan pertemuan pada tempat,tarikh dan masa yang berkenaan, mungkin pertemuan tu tak dirancang macam tu dengan 'peserta' yang macmtu. Mungkin jugak depa yang dikatakan terlibat tu taktau pun 'tujuan' pertemuan tu, mungkin rancangan pihak lain dengan tujuan 'peribadi' yang lain.

Mungkin 'penganjur' pertemuan tu saja nak perangkap calon berkenaan dalam usaha untuk pastikan perwakilan tolak calon tu bila cerita pertemuan tu dibocorkan.

Segalanya berkemungkinan.

Setakat ni aku ambik pendekatan terima cerita ni sebagai satu cerita 'fitnah' yang berniat jahat. "Baca boleh, nak percaya nanti sat."
Apakah Makna Dan Ertinya Semua Ini

[kemaskini] BARU sekejap tadi salah seroang calon Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu telah menghubungi saya bertanya mengenai siapakah calon timbalan presiden yang akan mengadakan pertemuan di Batu Gajah Malam ini. Beliau menjelaskan berita yang dimaksudkan itu bukan beliau.

Kata Bang Mad malam ini dia akan berada di Penanti menyelia pilihan raya kecil itu untuk malam terakhir. 11:43 am.

JAM 8:48 satu pesanan rengkas (SMS) masuk ke dalam telefon saya.

Bunyi SMS itu ialah; Assamualaikum, tuan-tuan YDP, TYDP, NYDP, SETIAUSAHA, DAN PERWAKILAN KE MUKTAMAR, adalah dijemput untuk menghadiri majlis dialog dengan calon Timbalan Presiden (nama). Pada 30 Mei Jam 9:00 malam. Bertempat di Markas PAS Batu Gajah, No 21 Bandar Baru Batu Gajah Gopeng sebelah FT Supermerket. Jalan Batu Gajah. Berdepan simpang masuk Taman Tasik SM Noor. Turut menjemput dan hadir sama (nama). Seberang pertanyaan tempat hubungan YDP Batu Gajah. (Nama dan telefon) atau (nama dan telefon) dan (nama dan telefon). 8:48 am 30/05/09.

Nama dan nombor telefon yang berkenaan saya sembunyikan takut timbul fitnah, maklumlah musim ini musim fitnah.

Berhubung dengan majlis ini ingin ditanya apakah ini tidak dinamakan majlis berkempen menjelang muktamar Pas? Dan apakah ini tidak boleh dinamakan politik wang? Dan apakah majlis 'dialog' ini tidak boleh disama ertikan apa yang ditimbulkan oleh Ketua Dewan Ulama, Mohamed Daud Iraq yang membangkitkan berlaku jamuan sebelum mesyuarat!

Apakah majlis dialog itu sekadar dialog saja tanpa makan dan minum? Apakah mereka yang dijemput itu membawa makan dan air dari rumah? Tidak pula diarahkan supaya berbuat demikian.

Terang bagaikana disuluh bahawa majlis dialog itu adalah majlis untuk berkempen untuk calon timbalan berkenaan. Saya percaya seratus peratus segala jamuan dan perbelanjaan lain dilakukan oleh calon berkenaan.

Untuk pengetahuan, majlis seumpama ini tidak pernah berlaku disepanjang 54 kali muktamar sebelum ini. Tidak ada mana-mana calon yang ingin bertanding apa-apa jawatan tiba-tiba pecah liur untuk menganjur majlis dialog seumpama itu. Dialog mengenai apa, mengenai balak?

Inilah yang dikatakan perubahan dan transformasi politik dalam Pas. Budaya dan perangai Umno sudah meresap dan meluas dalam Pas. Makanya, makanya janganlah mengata dulang paku serpih lagi. Sebab diri kita juga sedang giat mempelajari politik wang dan rasuah politik.

Untuk mengetahui siapa calon timbalan presiden yang akan berdialog dijemput ramai-ramai hadir! [wm.kl 11:20 am 30/05/09]

Harap-harap pertemuan tu kalau betui memang dirancngkan, DIBATALKAN. Harap-harap pihak-pihak yang terlibat tidak terlalu bodoh untukmeneruskan apa jugak progrm di tempat dan tarikh berkenaan yang boleh menimbulkan 'fitnah'.

Kalau berita ni palsu, dan harapan aku memang berita ni palsu, sebaiknya pihak-pihak yang dikatakan terlibat, tolong nafikan secepat mungkin pasai berita ni bukan sajamelibatkan calon beerkenaan tapi melibatkan PAS sebagai sebuah parti Islam


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...