Aku sebelum ni tak berapa heran sangat bila isu ni 'dimainkan'. Pada aku sebenarnya isi ni bukan isu, hanya dimainkan menjelangkan pasai ada pihak rasa yang kuasa depa semakin berkurang dan suara depa makin kurang didengar.
Pad aku masa tu isu ni hanya sebagai sebahgian dari proses kempen dan lobi calon pilihan depa. Mungkin pasai dah takdak 'kekuatan' lain pada calon pilihan depa jadinya isu kepiminan ulama dimainkan dengan harapan calon yang bukan ulama' menarik diri.
Tapi persepsi aku berubah bila ada sorang member aku, ahli baru PAS yang sebelum ni cukup 'keras' Umnonya sms kat aku minta pandangan aku berkenaan isu ni. Terus aku call dia, mana boleh benda macam ni takat sembang guna sms.
Aku tak terus bagi pandangan aku tapi aku cuba korek setakat nama dia faham isu ni. Dia nampak cukup keliru dan risau. Aku dapat rasa yang dia cukup tak selesa bila isu ni dimainkan.
Aku dapat rasa dia sikit terkilan pasai dia tinggalkan Umno untuk bersama Islam tapi PAS pulak macam takmau kepimpinan Ulama. Nampak sangat dia 'risau' pasai dia mengharapkan Haji Husam yang "bukan ulama'" menang jawatan Timbalan Presiden PAS.
Nasib baik aku terbaca 'dialog' yang AlBakistani tulis, aku gunakan pendekatan tu untuk mudahkan aku cerrita pasai konsep kepimpinan ulama' yang aku faham supaya dia tak 'risau'.
Aku tak la cerita macam yang Al-Bakistani tulis tu tapi ku cuma cerrita kat dia konsep tahap ulama dan ilmu tu kat dia.
Untuk bagi dia tak 'risau' aku cerita jugak kuasa Majlis Syura Ulama' yang sentiasa menjadi kuasa tertinggi dalam PAS dalam menentukan halatuju PAS dan dalam masa yang sama mempastikan kaedah yang pimpinan PAS gunakan tak terbabas.
Nampaknya dia puas hati dengan jawapan aku. Aku harap aku tak cerita kat dia 'ajaran sesat' pasai konsep 'kepimpinan ulama' ni.