Kes SELSEMA BABI di Parit Buntar? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 18, 2009

Kes SELSEMA BABI di Parit Buntar?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Biar pi la orang lain nak guna nama apa pun, aku lebih seronok nak guna nama SELSEMA BABI, kurang-kurangnya ramai yang berminat nak tau pasai 'babi' ni. Kalau dari awai depa sebut virus Influenza A (H1N1) mugkin tak ramai yang berminat nak ambik tau.

YG Khalil mengesahkan:
  1. Kes kedua influenza A (HINI) dikesan di Hospital Pulau Pinang membabitkan seorang pelajar berasal dari Pekan Lama Parit Buntar yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lalu.
  2. mereka sekeluarga tidak ada apa-apan tanda positif dan kesan jangkitan virus influenza A (HINI). Langkah mereka dikuarantin adalah sebagai langkah sifat berjaga-jaga.

  3. Kedai itu ditutup dan tuan kedai menafikan isterinya keluar ke pasar seperti didakwa dan saya mengesahkan dia mematuhi arahan dari pihak hospital termasuklan memakan ubat yang diberikan sebagai langkah berjaga-jaga. Mereka juga mengesahkan dikunjungi oleh pihak hospital dua kali sehari.

  4. Setakat ini segala usaha untuk mengelakkan wabak ini merebak telah diambil langkah yang sewajarnya dan memberi keyakinan bahawa penduduk disekitar bandar Parit Buntar yang terletak dalam DUN Titi Serong tidak perlu merasa bimbang dan gusar untuk bergerak dan menjalankan aktiviti seperti biasa.YG Khalil mengesahkan

Harap-harap kes ni tak merebak di Parit Buntar pulak. AKu tak sanggup nak pakai penutuk mulut macam misi tu.

Dalam kes ni aku cukup puas hati pasai YB Khalil buat 'kerja'. Kalau banding dengan PAS Kawasan 'nampak macam' dia buat kerja dan PAS Kawasan 'nampak macam' tak buat kerja.

Yang aku heran, awat YB Khalil tak pakai penutup tu masa pi bersembang dengan pak budak perempuan tu. Nampak gayanya kalau dalam seminggu ni aku 'terpaksa' pi pejabat dia, kena la aku pakai penutup tu. Tak payah pi pun tak pa la kut.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...