Kalau baca blog Pakatan Rakyat sehari dua lepas, rata-rata macam yakin ja nak ada pilihanraya seluruh Perak dalam masa terdekat ni. Bagi aku walau sapa pun bagi maklumat dari sapa pun aku tetap tak percaya akan ada pilihanraya seluruh Perak dalam masa terdekat ni.
Biar apa depa kata, walaupun yang kata tu Najib Razak, aku tetap belum percaya selagi Sultan perak tak kata macam tu. Bila sultan Perak kata pun aku tak berapa nak percaya selagi tak disahkan oleh SPR.
Walau pun macam tu tak bermakna kita boleh duduk saja. Kot mana pun gerakerja pilihanraya kena dah mula dah. Semua orang mesti terlibat, mesti mula buat kerja. Tak kira la walau takdak jawatan pun, kena mula cari kerja dan buat kerja. Kalau tak jadi pilihanraya seluruh Perak, kita kena kerja jugak untuk menang BESAR PRU13.
Bagi yang ada jawatan lagi la kena mula dah. Mesyuarat LPPK kena buat dah. Organisasi MTD kena isi semua dah balik, mesyuarat pun kena mula secepat mungkin. UPU kena gerak dah, tak boleh lagi dot tidoq. Kalau boleh mesyuarat peringkat lokaliti pun kena buat.
Cumanya macam yang MSK tulis aku pun risau jugak benda tu. Jadinya aku pun nak bagi amaran sama kat pimpinan di semua peringkat. "JANGAN CUBA-CUBA TIMBULKAN MASALAH BAB KERUSI DAN CALON NI".
Aku setuju sangat untuk pilihanraya kali ni kita kena pakai 'STATUS QUO' dengan maksud pembahagian kerusi ikut PRU ke 12 yang lepas. Calon pun seboleh mungkin pakai yang lama 'TERUTAMA SEKALI YANG DAH MENANG'. Jangan gatai-gatai nak cari masalah nak berebut kerusi atau berebut calon.
Kalau nak berebut kerusi kena tunggu PRU ke 13, kalau nak berebut calon pun kena jugak tunggu PRU 13. Sedapat mungkin kali ni kita bagi tumpuan penuh kepada pengundi. Kita kena pastikan kempen kita sampai kepada semua pengundi. Kalau boleh jangan lagi kita guna pendeatan tak payah kempen kepada pengundi BN atas alasan buang masa, pasai kita sebenarnya ada cukup masa kalau kita mula la ni. Kalau dah bubar DUN baru nak mula memang la tak cukup masa.
Aku nak tekankan sekali lagi pasai pembahagian kerusi. Jangan ada sapa pun yang cuba berlagak hero kata kerusi sekian-seian sebenarnya milik parti dia. Benda-benda macam tu kita 'perang' lain kali. Kalau betui-betui nak, susun strategi lepas ni, bukan sebelum pilihanraya ni.
Walaupun aku sendiri secara peribadi masih anggap kerusi Kuala Kurau adalah milik PAS tapi untuk pilihanraya kali ni aku akan pertahan YB Yunus untuk terus jadi calon. Kalau ada sapa-sapa yang gatai-gatai bukak mulut depan aku memang aku 'bubuh' punya kali ni. Sila simpan niat hangpa tu untuk lain kali.
Aku cukup yakin pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mesti setuju guna 'status quo', depa takdak pilihan. Jadinya aku nak ajak semua bloggers yang sokong Pakatan Rakyat sama-sama beramai-ramai pakat perati benda ni. Kalau ada yang bukak mulut ja, kita belasah cukup-cukup. Tak kira la kalau dia pimpinan tinggi mana pun.
Kita ada banyak benda lagi yang tak beres yang perlu dibereskan sebelum hari mengundi. Aku nak ulang sekali lagi, jangan ada sapa nak tunjuk hero tak kena tempat. Kalau ada yang tak berapa berani nak belasah, tolong bagi maklumat kat mana-mana Bloggers Network@Perak. Insyaallah kami akan siasat dan kalau terbukti, JAGA,