Bila keluar komen Mufti Perak SS HARUSsani, ada yang kata dia dah jadi penasihat Umno. Sebelum ni pun bila keluar gambar Musti ni bagi restu kat Zambry ramai orang PR yang mula persoal kredibiliti dia, yang kata dia jadi balaci Umno pun semakin ramai.
Aku memang dah lama tak respek kat Mufti ni, aku tak ingat sejak bila. Bukan takat mufti Perak ja, semua mufti kat Malaysia ni aku tak respek. Masa ramai orang PAS sebuk sanjung dia ni masa dia heboh kes murtad dulu pun aku tak heran.
Tapi bila aku baca berita dalam utusan online hari ni,
"Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang," katanya ketika dihubungi semasa berada di Mekah, di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa hingga Khamis depan bagi mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.
Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,".
Aku tiba-tiba ja teringat kat Sultan Perak. Aku teringat statement pasai 'Sultan di atas politik' Bila google aku jumpa dalam Malaysiakini.
Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.
Bila aku cari lagi aku jumpa yang ni pulak.
Mufti Perak Datuk Seri Harusani Zakaria telah menyarankan masyarakat untuk menghormati keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
"Alasan yang diberikan oleh Sultan untuk melucutkan Nizar dari jawatannya juga harus diterima oleh masyarakat," ujarnya Isnin ini.
Berkata bahwa dia berjiwa rakyat, Harusani menambah sebagai Mufti Negara, dia tak sepatutnya bercakap tanpa mengunakan akal fikiran.
"Sultan telah mengamanahkan saya sebagai mufti Perak dan adalah menjadi kewajiban dan tanggung jawab untuk menasihati Sultan, dewan agama, dan permasaalah negeri mengenai hal-hal yang berkaitan dengan agama.
Aku dok terfikir, mufti ni bercakap bagi pihak diri dari dia ka bagi pihak orang lain. Dia ni nak pertahankan Zambry ka nak pertahankan orang yang lantik dia jadi Mufti.