what a loser la ko nih Malaysian-2Day... datang blog orang bagi komen... pastu kutuk orang bila komen tak dikeluarkan... kat blog sendiri tak letak komen... orang yang takder telur jer yang buat perangai camni...
Malaysian-2Day with a big capital L on his forehead....
Macam tu bunyi sorang anon yang komen kat blog aku. Bila baca mula-mula, aku pun fikir komen member tu agak keterlaluan. Tapi bila aku jenguk blog yang berkenaan memang patut pun label tu.
Kalau yang tapis komen dia label penakut, yang langsung tak bubuh komen macam blog dia dah tentu la lagi penakut dari penakut, penakut berkali-kali ganda,
Memang blogger Umno ni jenih tak sedar diri, konon rasa diri hebat sangat. Semua yang sokong PR pada depa lekeh, takdak kepala otak, gila dan mungkin semua label buruk layat untuk blogger yang sokong PR. Padahalnya semua label tu lebih sesuai untuk depa, terutamanya blogger Malaysian-2Day.
Dengan kebangkitan lebih banyak blog dari PRO Barisan Nasional, nampak nya blogger2 upahan Pakatan Rakyat dah mula takut. Mereka dah mula menapis komen2 dari blogger PRO BN. Mereka tentu akan kata komen kita (PRO BN) tak bagus la, tak releven la macam2 alasan, tapi sebenar nya mereka dah mula takut.
Main sedap tangan dia ja nak tulis apa yang dia nak tulis. Konon blogger upahan, sapa yang bayar kat aku? Lagi satu dia label Cina Islam sebagai blogger upahan PR, upahan apanya kalau CIna Islam tu memang ADUN PR, memang tak logik langsung.
Aku rasa dia ni memang tak faham kut apa makna 'upahan'. Konon pejuang bangsa tapi perkataan mudah dalam bahasa melayu pun tak faham. Taktau la kut pada depa bahasa tak penting langsung untuk bangsa. Patut la dok sokong sangat PPSMI.
Aku ambil contoh satu blogger upahan PR iaitu CINA ISLAM, aku ada komen di artikel dia, tapi tak di siarkan. Ader beberapa lagi blog yang sebelum ini komen tak perlu di tapis sekarang dah mula kene tapis.
Bab tapis ni pun satu hai lagi. Memang aku setuju depa perlu tapis pasai takut, tapi isunya takut apa? Yang mungkin depa takut kalau ada komen-komen yang mencarut. Dan memang biasa kat blog aku ni pu ada pengomen yang aku yakin Umno yang mencarut. Takdak apa yang dia tulis selain mencarut. Nak bagi bukti tak boleh pulak pasai aku dah delete. Entry tu pun aku terdelete, marah punya pasai.
Aku pun kalau sampai tahap banyak sangat komen-komen yang mengarut, aku pun perlu tapis jugak. Tapi buat masa ni takat dua tiga komen ja, tak perlu la aku tapis. Lagi satu blog aku ni memang blog 'belasah', jadinya belasah la tara mana pun aku tak tapis punya. Tapi kalau ada perkataan mencarut memang aku padam punya laaa..
Lagi satu aku rasa sebab utama depa tapis komen pasai takmau tambah masalah. Sapa suruh sampai kena naik turun mahkamah pasai komen. Tak padan langsung. Tak berbalui langsung nak naik turun mahkamah pasai komen orang lain. Tambah pulak kalau komen tu kita pun tak setuju.
Dalam dia dok seronok kata kat orang penakut dia sendiri pulak semacam mengaku dia penakut, takut dengan 'blog2 yang tumbut macam cendawan", bila dia tulis
Jadi janganlah percaya sangat blog2 yang tumbuh macam cendawan selepas hujan sekarang ini. Ada di antara mereka tu hanya cuba masuk di dalam kumpulan PRO BN dengan niat menjadi gunting dalam lipatan. Hati-hati dan TAHNIAH buat Blogger2 PRO BN.
Yang syoknya dia tulis pulak
Atau buat cam aku je, senang ... TAK PAYAH KASIK KOMEN LANGSUNG! habis citer.
Memang pun habih cerita, dan cerita dia ditutup dengan "memang sah la blogger Malaysian-2Day 'a loser'.
Bagi yang tak pernah baca blog tu tak payah jengok la, buang masa ja, takdak manfaat apa pun, takat nak kacau kepala otak orang boleh la.