Parit Buntar pun calonkan Husam jugak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 03, 2009

Parit Buntar pun calonkan Husam jugak?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Mesyuarat AJK PAS Parit Buntar yang pertama dah pun selesai Sabtu tadi. Keputusan mesyuarat tu pun dah terbit kat laman web PAS Kawasan Parit Buntar. Calon untuk pemilihan PAS Pusat Jun ni pun dah dibuat. Sapa yang dicalonkan untuk Jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Nain Presiden.

Setiausaha, bendahari dan Ketua Penerangan dah pun terlantik. AJK-ajk tambahan pun dah dilantik. Walaupun ada nama-nama yang pada aku patut dimasukkan tapi tak dimasukkan tapi itu dah jadi keputusan. Aku tak patut ulas pasai pada aku orang yang ponteng memang tak layak mengulas.

Jadinya aku copy paste kan ja la kat sini kut-kut ada yang nak buat bahan sembang.

PAS Parit Buntar calonkan gandingan ulama dan profesional

PARIT BUNTAR, 3 Mei : PAS Parit Buntar yang mengadakan mesyuarat pada 2 Mei lepas telah mencalonkan gandingan ulama dan professional sebagai kepimpinan PAS Pusat. Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Husam Musa masing-masing dicalonkan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden PAS.

Sementara bagi jawatan Naib Presiden, Tuan Haji Muhamad Sabu, Dato' Seri Ir. Haji Nizar Jamaluddin dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah dicalonkan oleh PAS Parit Buntar.

Mesyuarat jawatankuasa kerja PAS Parit Buntar ini juga telah memutuskan perlantikan kepimpinan PAS Parit Buntar untuk sesi 2009 - 2011.

En. Azhari Hadi dikekalkan sebagai Setiausaha PAS Parit Buntar, manakala Sdr. Adnan Abd Rahman telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha mengantikan Tuan Haji Idris Zaini yang uzur.

Tuan Haji Tyndareus juga dikekalkan sebagai Bendahari PAS Parit Buntar, manakala En. Fakhrurazi Haji Khalid dilantik sebagai Ketua Penerangan mengantikan Sdr. Bahrain Desa yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar yang baru.

Seramai lapan AJK tambahan telah dilantik iaitu Hj. Ridwan Maharani, En. Said Jaafar, Hj. Husin Awang, En. Muhammad Ghani, Hj. Shari Yaakob, Hj. Muhammad Abdullah, Ust. Muhamad Qari dan Dr. Mastura Said



Walaupun aku tulis yang aku tak layak komen tapi aku nak komen jugak. Tak patut betui depa tak calonkan YB Salehuddin Ayub. Kurang-kurang pun bubuh la nama dia kat jawatan Naib Presiden tu. Takdak rugi mana pun. Penat dia nai tolong rasmi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...