Berita Gempar - Mohd Sabu pula ditangkap | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 06, 2009

Berita Gempar - Mohd Sabu pula ditangkap

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Ni berita gempar ni. Apa Cerita pulak kali ni? Takkan takut sampai macam tu kut. Tapi memang patut Umno takut pasai keadaan kat Ipoh dengar ceritanya semakin panas. Bukan kat ipoh ja tapi mungkin seluruh Perak dan tak mustahil boleh merebak seluruh Malaysia.

Buat penat ja polis bagi amaran jangan adakan perhimpunan. Dengar ceritanya bukan buat orang yang angan-angan nak pi Ipoh 7 Mei ni jadi takut tapi jadi bertambah geram, bertambah semangat depa nak pi.

Kelmarin Jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat kena tahan. Kata depa dia kena tahan pasai suruh ramai-ramai turun Ipoh 7 Mei ni pakai baju hitam. Biar gelap bandaraya Ipoh.

Pasai tu la kut Umno takut sangat yang kemudiannya berjangkit kat Polis.
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini.

Sekumpulan anggota polis di percayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.

"Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.

"Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai," ujarnya kesal.

Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Ianya berkemungkinan susulan daripada penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.

"Ke mana Mohamad Sabu dibawa, apa tujuan mereka tidak diberitahu," kata Salahuddin.

Berita lanjut menyusul._

Sumber : Harakahdaily


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...