Nak belasah ulama, memang ramai yang suka baca. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 04, 2009

Nak belasah ulama, memang ramai yang suka baca.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Aku cukup setuju sangat dengan entry yang Ust Zul Perlis tulis. Memang tak payah mana kalau nak menghentam. Tambah-tambah nak hentam ulama' macam dia kata.

Cerita la apa pun, reka la kut mana pun, janji ada benda sensasi, kaitkan sikit dengan isu kes-kes panas pasai ulama' mesti ramai yang nak dengar punya.

Tambah pulak kalau boleh ulas apa yang Ust Nik Aduh tulis, kaitkan pulak dengan Husam, lagi la ramai yang minat.
Bukan susah menyerang dan membidas ulama’. Mudah saja, begini caranya.

Pertama - Kalau kenyataan ulama’ dilaporkan oleh media arus perdana milik Umno, katakan begini;

· Ulama’ mencari publisiti murahan
· Ulama’ sudah menjadi alat musuh
· Ulama’ membawa jamaah masuk perangkap musuh
· Ulama’ sudah kena perangkap
Kedua – Kalau ulama’ bertemu dengan pemimpin parti lawan, katakan begini;

· Ulama’ itu gila pangkat
· Ulama’ itu nak bawa jamaah menyertai pakatan lawan
· Ulama’ itu kejar dunia
· Ulama’ itu idamkan jawatan menteri
Ketiga – Kalau ulama’ mempertahankan Presiden dan Timbalan Presdien mesti ulama’, katakan begini;

· Ulama’ perasan dia bagus sangat?
· Ulama’ rasa parti ini untuk ulama’ saja?
· Parti lain tidak begitu pun
· Gerakan Islam dunia tidak begitu pun
Keempat – Kalau ulama’ terkhilaf membuat sesuatu keputusan dan kenyataan, katakan begini;

· Ulama’ tidak tahu ilmu pengurusan
· Ulama’ tidak jauh bacaan politik
· Ulama’ mudah tertipu dengan gerak politik musuh
· Ulama’ cetek ilmu strategi politik
· Ulama’ tak baca buku ilmu perang bikinan Sun Tzu
Maksudnya, seseorang tidak perlu menjadi penyerang atau pembidas profesional untuk menyerang dan membidas ulama, penyerang dan pembidas amatur pun boleh. Kalau membidas dari belakang pun bidasan itu akan mengena.

Kalau tak percaya, buatlah.

Tambah pulak la ni benda tengah panas, ramai pulak penggemar, juai la bentuk macam mana pun akan ada orang beli punya.

Kalau tak beli pun kurang-kurang depa akan singgah jugak, nak tengok apa yang orang tu juai pasai ramai sangat yang kerumun.

Macam orang juai ubat tenaga batin kat kaki lima. Bukan la maksud aku yang juai ubat kat kaki lima tu tak boleh pakai tapi memang ramai yang juai ubat kuat kat kaki lima tak boleh pakai pun.

Tapinya pasai cara depa menarik, mungkin dengan tambahan aksesori yang 'memberahikan', lenggok bahasa yang memukau, ramai yang berhenti tengok. Leka tengok sampai lupa nak beli barang yang bini pesan. Lupa sat hal serabut kat pejabat mungkin. Lupa sat pasai letih berpeluh tengah panas masa buat kerja tadi mungkin.

Tapi akhirnya kebanyakkan yang kerumun tu akan tersedar sendiri. Tersenyum sendiri pasai leka sampai terlupa tujuan dia sebenar. Terus angkat kaki, sambung balik benda yang dia nak buat tadi.

Memang ada yang akan terpengaruh dengan auta penjual ubat kuat tu. penjual ubat tu. Memang ada yang akan beli. Tapi yang beli tu biasanya memang yang jenih peminat benda-benda macam tu. Depa ni bukan kira steroid ka apa, janji boleh bagi kuat, boleh bagi tahan, semua depa sapu.

Mungkin jugak ada 'pelanggan baru' yang akan terpengaruh, akan beli ubat tu tapi aku cukp yakin, kebanyakkan dari depa tu akan rasa tertipu. Tambah pulak kalau ada kawan-kawan yang yang pernah terkena cerita kat depa pengalam depa.

Pada aku cara nak kurangkan benda-benda ni, kita kena suruh pakar 'sakit tuan' macam Doktor Dr Ismail Thamby tu cerita sikit, suruh dia terangkan secara ilmiah dengan bahasa yang orang mudah faham. Lepas tu kita ramai-ramai tolong panjangkan cerita dia tu.

Kalau boleh target group kita kena tepat. Biar lah betui-betui sampai kat depa. Kita kena pastikan 'target group' tu baca benda tu, kalau boleh depan kita. Lepas tu suruh depa ulas, kalau tak kena kita boleh tolong pebetui.

Memang la akan ada jugak yang akan bangkang walaupun Doktor 'sakit tuan' yang paling hebat pun cerita kalau cerita tu tak sama dengan apa yang depa paham. Puak-puak ni memang kita tak boleh buat apa, serah pada tuhan ja la kut. Kalau tanya aku puak-puak yang payah nak paham ni patutnya kena ajar dengan 'kayu tiga tengah dua ja', tak pun dengan pelepah nyoq.

Tambah-tambah pulak kalau kita cerita kat tukang juai ubat kuat kaki lima sendiri. Memang laa depa akan bangkang mati-matian punya. Tak kira la hujjah depa mengarut ka, merepek ka, lawan tetap lawan.

Jenih ni memang tak kira cara dah, jangan harap la nak boleh berhujjah ilmiah dengan depa. Kalau boleh fitnah depa fitnah, kalau perlu reka cerita depa akan reka, tapi depa mesti lawan habis-habisan punya.

Entry penuh Ust Zul Perlis boleh baca kat sini


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...