Saja nak 'layoq' sikit. Macamana rupa buku yang bloggers susun yang Hj Nizar kata semua orang patut miliki untuk faham duduk cerita Krisis Perak. Aku nak ulas pun tak boleh pasai aku pun tak baca lagi, cuma tengok sekali lalu ja.
Gambar masa pelancaran aku cilok dari blog Cyberboron. Akurasa dalam banyak-banyak gambar yang aku ambik guna kamera dia, yang ni ja kut yang jadi, gambar yang lain aku rasa jadi macam-macam - edited
Komen awal dan ringkas dari aku "Tak malu la nama Cenangau ditulis sebagai ahli 'Panel Penulis' pasai buku ni padat dengan fakta, kira-kira kalau aku bukan jenih daun kari tentu punya aku mengaku buku tu aku yang tulis".
Kalau nak tau apa isi boleh klik gambar kat bawah untuk tengok gambar lebih besar dan jelas. Nak lagi jelas kena beli laa. Untuk lebih spesel kena dapatkan edisi online terhad, apa yang spesel aku pun belum tau lagi pasai belum bincang dengan Al-Banjari.
Macamana nak dapatkan edisi online? Nanti kami war-warkan. Kalau nak booking boleh tulis nama kat cbox aku DAN hantar nama dengan alamat ke email aku di cenangau @ gmail.com. Jugak boleh booking dari mana-mana "Panel Penulis", guna konsep "sapa cepat dia dapat." Maklumat lanjut nanti kami war-warkan. Harga tak termasuk belanja pos RM10.00 sahaja.
Kalau ada yang dah baca dan nak buat ulasan, silakan, kami sangat alu-alukan.
Sebelum tu bagi yang belum memiliki, layan.....
Muka depan
Muka belakang
Kata Pengantar oleh Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak
Sebahagian daftar kandungan
Kronologi peristiwa dari 8 Mac 2008 hingga 3 Mac 2009
Isu derhaka
Isu tanah
Petikan buku undang-undang berkaitan
Cerita bergambar hari Persidangan DUN Bawah Pokok
Isi perbualan Hj Nizar dengan Sultan
Analisa Dato' Wan Mutalib Embong
Dan yang paling "mengancam" panel penulis