Siapa Aminah Abdullah sebenarnya di Penanti | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, April 28, 2009

Siapa Aminah Abdullah sebenarnya di Penanti

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sapa Aminah Abdullah? Ramai sangat kut nama tu kat Malaysia ni. Tapi aku rasa rata-rata dah berumur la kut. Jarang nak jumpak budah-budak perempuan yang guna nama tu. Kebanyakkan mak bapak bagi nama yang canggih-canggih kat anak.

Semenjak kosong kerusi Penanti, Aminah Abdullah yang popular tentulah yang kata nak bertanding calon bebas tu yang membahasakan diri dia 'Kak Min'. Muka selalu masuk TV, popular la Kak Min.

Tapi tak berapa lama dulu nama Aminah Abdullah populah sat. Satnya sampai aku pun tak teringat Animah Abdullah yang satu ni sampai la aku tanya pakcik google. Bila tengok hasilnya baru la aku teringat.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Altantuya @ Aminah Abdullah, 28, dipercayai seorang model, ditemui dalam keadaan berkecai di tepi empangan berkenaan petang semalam. Wanita itu dipercayai dibunuh kira-kira dua minggu lalu.

Cebisan tulang dan daging mangsa dikatakan berselerak di tepi empangan itu akibat letupan beberapa butir bom tangan.


Patut la awai-awai lagi Najib tak berapa berani nak letak calon kat Penanti, dia dah dalap alamat dalam mimpi kut. Patut la ramai yang kata bayangan Altantuya akan menjelma di PTK Penanti. Rupa-rupanya dalam bentuk nama.
Kalau Altantuya tak boleh sebut tak apa le, kita sebut Allahyarhamah Siti Aminah Abdullah.
Ada orang boleh jadi sasau jika dengar nama Altantuya. Justeru takut jadi sasau maka nama itu tidak dibenarkan diperkatakan. Takpe, kepada RAKYAT, mulai sekarang jangan disebut-sebut lagi nama itu. Berhantu!!!. Sekarang kita sebut wanita Monggolia, Aminah namanya. Dia telah dibunuh dengan kejam oleh C4. C4 telah merayap ke tubuh Aminah dan terus meletup. Tiada sesiapapun yang bunuh dia, C4 yang merayap dan meletup sendiri. Kita tunggu selepas ini nama siapa dan benda apa pula yang tidak boleh disebut. Mungkin kapal selam, mungkin juga duit simpanan kita di EPF/KWSP juga tidak boleh disebut. Kita sebut jam ‘Rolex’ je lah.
http://mymigrasi.ning.com



Link berkaitan
Penganalisis ditahan -- Bantu siasatan kes wanita warga Mongolia dibunuh kejam
6 jalani ujian DNA -- Termasuk bapa mangsa bagi bantu siasatan kes bunuh Altantuya


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...