SPR hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei.
Setakat la ni cuma wakil Umno ja yang belun tentu lagi ada ka dak. Mula-mula Najib kata malas nak letak calon, lepas tu ramai la juak-juak sokong. Sekali kena tempelak dengan Dr. Mahathir terus dia kata dia serah kat biro politik yang buat keputusan padahai yang dia jugak jadi pengerusi biro tu.
Setakat ni dah tentu PKR akan letak calon, taktau la pulak kalau depa boleh bermurah hati nak bagi kat PAS, memang orang PAS sana nak sangat la kalau boleh dapat kat depa.
Yang hampir pasti jugak wakil calon bebas pun dah ada. Katanya bekas Ketua Wanita Keadilan Penang. Dia siap merayu kalau boleh BN jangan letak calon. Kalau BN tak letak calon ada la peluang sikit dia tak hilang wang pertaruhan. Kut-kut lawan punya kertas pencalonan ditolak ada la peluang jadi YB.
"Bagi saya menang atau kalah tidak kisah... memanglah kita bertanding untuk mencapai kemenangan, tapi tujuan saya mengambil keputusan untuk bertanding ialah kerana mahu menegakkan keadilan dan kebenaran," kata Aminah, sambil menambah, beliau bertanding bukan untuk membalas dendam terhadap kepimpinan PKR.
Aku rasa akan ada pulak lagi calon bebas yang jenh "pakai serban" punya. Bila lagi? La ni a masa nak mencuba nasib, kut-kut ada yang sanggup beli. Kalau dapat modai balik pun dah ok. Kurang-kurang pun boleh jadi orang popular, muka kerap masuk TV.
Katanya dah ada yang nak sponser tempat tinggal untuk Blognet@Perak. Kalau boleh pi sana menarik jugak. Masa PRK P059 hari tu aku tak berapa nak boleh jadi bloggers. Terpaksa lebih jadi petugas.
Kali ni kalau aku pi sana harap aku boleh jadi bloggers yang bebas. Harap-harap Faizal Kemi tak teringat langsung kat aku dan takdak yang gatai-gatai bagi nama aku kat dia. Aku nak berihat dar jadi Petugas, tambah-tambah lagi kalau nama petugas PAS, letih tak habih lagi.
Dengar cerita Blognet@Penang pun dah takdan-dan lagi dah. Nasib baik la jadi jugak PRK Penanti ni, ada peluang la hangpa plak 'berjuang' sebagai satu 'saf' macam kami kat Perak. Yang geng Selangor nampak gayanya kena sabar laa pasai PRK Bukit Lanjan tak jadi.
Aku teringat lagi posting aku dulu masa tengah panas Krisis Perak hari tu. Harap-harap gelombang "Tsunami Politik" 8 Mac 2008 berterusan
Pada pendapat dia yang paling berkesan memastikan gelombang kemarahan kepada Umno BN berterusan adalah pilihanraya kecl dan aku cukup bersetuju dengan pendapat dia. Jika ada pilihanraya kecil dalam jangka masa setiap 3 bulan sudah tentu gelombang kemarahan itu berterusan.
Jika ada pilihanraya kecil, belum sempat lupa, rakyat diajak mengingat kembali. Tak kira secara langsung atau tak langsung. Contohnya melalui kempen keterlaluan Umno BN dalam media, mungkin ada sebahagian yang akan terpengaruh dengan kempen tersebut tapi yang pastinya semua akan teringat kempali pilihanraya umum 8 Mac 2008 dengan 'tagline' "Tsunami Politik" yang terkenal itu.
Pastinya rakyat teringat kembali dengan perarakan BERSIH, Hindraf dan Majlis Peguam tahun sebelumnya yang mengundang pedebatan hebat dari kalangan ahli akademik di menara gading hinggalah ke kalangan rakyat bawahan di kedai kopi.
Rakyat juga akan ingat kembali isu hangat 'Sumpah Saiful' pada PRK Permatang Pauh. Pastinya nama Ramlang Porigi akan kembali disebut-sebut. Bagi yang sempat merasai sendiri kehangatan Permatang Pauh pasti terbayang kembali pengalaman peribadi yang sedikit sebanyak semua tu akan memberi kesan kepada gelombang 'Kuasa Rakyat'.
Masalahnya lambat lagi nak PRU 13 kot. Tara 3 kali PRK pun aku dak tak larat...
P/s. Tolong jangan tanya sebab utama aku tak berapa nak sedia jadi Petugas PAS di Penanti, aku malas nak layan, malas aku nak mengumpat dan takut aku terbagi @#$% pulak satgi