Rata-rata la ni kalau aku terjumpak mana-mana jentera PAS peringkat bawah yang kenai pasai PAS akan tanya aku satu soalan standard. Soalan yang mungin macam-macam bentuk, macam-macam ayat tapi menjurus ke persoalan yang sama. "Apa perkembangan Perak la ni?"
Soalan yang aku sendiri tak reti nak jawab dan mungkin rata-rata semua orang Perak tak berapa reti nak jawab. Aku pulak dalam nak jawab persoalan ni ada beberapa jawapan standard aku mood aku masa tu.
Kalau mood aku masa tu tak berapa elok, kira macam mood bengang la, aku akan jawab. "Aku taktau, kalau nak tau pi talipon Zambry, tak pun pi talipon Najib terus, depa mesti tau punya, ada no depa?" ... dan aku pun belah.
Kalau mood aku agak baik sikit aku akan jawab "Aku pun tak tau, setakat la ni kita tunggu dan lihat apa jadi 7 Mei satgi. Kita tengok sapa yang kena."
Kalau aku ada mood nak bersembang panjang aku akan jawab "Aku pun tengah penin, pada aku kes Perak semakin serabut. Kat dalam Harakahdaily kata bla bla bla ...., kat blog bla bla bla..."
Ada satu tulisan yang pada aku menarik untuk dibaca, member aku tulis. Elok jugak baca kalau ada yang teringin nak tengok dari sudut yang berbeza. Tapinya dia ni pun tak terkecuali, tetap penin macam aku jugak.
Itu yang aku penin dan celaghu, sapa yang tiup wisel tadi? Pengadil ke penjaga garisan? Kalau pengadil yang tiup, kira settle la, tapi kalau penjaga garisan yang tiup, itu pasal la `team’ yang kononnya kalah tu selamba saja pi sambung main bola dan `team’ yang kononnya menang tu terpaksa sambung balik perlawanan. Masalahnya sapa patut jadi pengadil? Kedua-dua `team’ sudah minta supaya sekalian penonton tengok, maknanya mereka minta penonton (rakyat) jadi pengadil ke?
Hari ni aku dapat lagi maklumat yang bagi sikit kurang pening kepala aku. MP Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin ada keluar ramalan kat dalam mstar
Juster, kata beliau, sidang DUN kali ini akan menyaksikan BN mempunyai majoriti 31 ADUN berbanding Pakatan Rakyat yang mempunyai 27 ADUN setelah ditolak Sivakumar sebagai Speaker.
"Bermakna bila dewan bersidang, dia akan jadi macam cowboy-draw, siapa tembak dulu," katanya.
Dia menjangkakan
... sebaik sahaja berakhirnya titah Sultan Perak, Speaker akan mengumumkan sembilan ADUN BN digantung kedudukan.
"Ini akan menyebabkan BN tinggal 22 ADUN sahaja.
"Maka sudah pasti BN akan mencari jalan untuk Speaker tidak bertindak sedemikian," katanya sambil menambah, "saya tidak nampak BN boleh halang Speaker daripada memasuki Dewan."
Untuk halang benda tu dari terjadi dia rasa Umnoi mungkn akan buat macam-macam antaranya
"Pertama dengan cara memohon perintah mahkamah untuk injunksi menghalang Speaker menjalankan tugas.
"Kedua ialah dengan usul tergempar dibuat memecat Speaker.
"Saya juga tidak akan terkejut kalau Speaker ditahan reman beberapa hari sebelum sidang berdasarkan laporan polis yang dibuat baru-baru ini bahawa Speaker menderhaka kepada Sultan," katanya.
Jika kejadian itu berlaku, jelasnya, Timbalan Speaker akan mengambil alih.
Jadinya dia menasihatkan kepada Sivakumar
"... jagalah keselamatan diri baik-baik sehingga sidang dewan. Lebih elok kalau Sivakumar duduk tinggal di tempat yang selamat. Saya cukup pasti unit amal dan sekuriti PAS sentiasa bersedia memberi perlindungan kepada saudara 24 jam," katanya lagi.
Dia pun sama macam aku, tak percaya kat pihak lain kecuali Unit Amal. Sekuriti PAS setakat yang akutengok masa PRK P059 baru ni dari segi gaya memang nampak hebat tapi realitinya tak boleh lawan Unit Amal. Unit Amal ni dah membuktikan kemampuan depa sejak krisis di Perak bermula dan aku yakin depa cukup-cukup faham, yakin dan betui-betui bercita-cita macam lagu yang depa selalu nyanyi.
... Syahid di jalan Allah cita tertinggi kami......
Masalahnya semalam masa perjumpaan BlogNet@Perak depa ada bagitau satu lagi kemungkinan. Mungkin Zambry akan membiarkan Sivakumar mempergerusikan Sidang DUN dan selepas sahaja Ucapan Sultan dia akan cadangkan supaya BUBAR DUN.
Nak kata percaya aku langsung tak percaya Zambry akan buat macam tu pasai memang pemimpin Umnoi cukup fobia dengan Pilihanraya masa ni, nak masuk PRK Penanti pun takut, ni kan pulak satu DUN Perak. Takkan la.
Tapinya kemunginan tu tetap ada, mungkin depa pun dah takdak jalan lain kut yang depa rasa boleh lebih untung kat depa kalau depa buat. Takkan depa nak buat kalau benda tu lebih merugikan depa. Baik depa buat benda yang pada perkiraan depa akan menguntungkan depa akhirnya.
Memang la depa boleh buat macam yang YB Zul kata tu tapi mungkin depa rasa akan lebih untung kan Pakatan Rakyat kalau depa buat macam tu. Lagi pun kalau depa buat macam tu masalah masih jugak tak selesai, cuma setakat boleh tangguhkan masalah ja.
Jadinya kebarangkalian untuk Zambry cadang BUBAR DUN tetap ada dan pada aku keberangkaliannya agak tinggi. Untung kat sapa kalau bubar DUN aku pun tak berapa nak berani nak cakap tapi yang sahehnya kalau Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan dari Zambry secara tak langsung kita mengiktiraf dia sebagai MB yang selama ni kita dok kata dia MB haram.
Aku kata aku tak berapa nak pasti untukg kat sapa kalau BUBAR DUN la ni pasai memang aku tak cukup yakin yang kita boleh buat lebih baik dari PRU 2008. Mungkin ramai yang tak setuju dengan aku tapi ni apa yang aku tengok.
Kalau tengok dari data yang cyberboron tulis memang la kita boleh rasa lega tapi kalau baca betui-betui apa yang tersirat, aku tak yakin yang dia pun yakin kita boleh dapat macam yang kita dapat la ni kalau keadaan masih lagi macam ni. Silap-silap boleh jadi lagi teruk.
Jentera pilihanraya mesti wujud dan beroperasi sepenuhnya mulai sekarang malah sepatutnya telah lama bergerak. Gerak kerja mestilah jelas dan sistematik. Gerak rambang dan terawang-awang yang menjadi budaya kerja sebahagian organisasi pilihanraya PAS dan PKR hari ini mesti dirawat dan didewasakan sepenuhnya.
Jentera kita wajib serius dalam gerak kerja berkaitan senarai pemilih. Berilah perhatian kepada urusan pendaftaran pengundi baru. Culaan sokongan dan kecenderungan pengundi mesti disempurnakan. Perbanyakkan program dan aktiviti menyusuli keputusan culaan.
Aku berani sebut dua-dua benda tu memang tak berjalan. Bukan nak kata kat orang, kat lokaliti kampung aku sendiri pun tak berjalan. Aku boleh kalau nak salahkan Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan. Aku boleh kalau nak salahkan jentera UPU, aku boleh kalau nak salahkan jentera MTD, aku boleh kalau nak salahkan LPPK Kawasan, aku boleh kalau nak salahkan Pengarah JPN malah aku boleh kalau nak salahkan Pengarah JPP.
Maksudnya aku boleh kalau nak kata semua orang salah, cuma aku sorang ja yang tak salah, pasai....
Akhirnya yang memang Umno pasai depa memang ada jugak salah menyalahkan orang lain tapi depa tetap ada orang yang buat kerja, tak kira la depa buat pasai jawatan depa atau pasai dapat upah, yang pentingnya kerja jalan. Kita? Boleh Jalan!!!