Sapa pun tak boleh nafikan lobi-melobi dah jadi semacam tradisi dalam Umno. Umo dah mula lama. Semenjak dua menjak ni aktiviti lobi melobi dah berjangkit ke dalam PAS.
Lobi melobi dalam Umno memang teruk, bukan saja melibatkan rasuah duit ringgit malah sampai ugut mengugut. Malah aku tak heran kalau boleh pi ke tahap bunuh-membunuh cuna aku tak pernah dengar lagi laaa.
Dalam PAS sejak lama dulu jugak aktiviti lobi-melobi ni dianggap semacam taboo, benda yang dianggap 'haram' diamalkan dalam PAS.
Dalam bab lobi-melobi aku cukup ingat satu ayat yang selalu sangat diulang oleh sorang "member" aku yang katanya TG Nik Aziz yang kata. Betui ka dak aku tak tau cumanya yang tu lah yang selalu diulang bila sampai musim pemilihan. Tak kira pemilihan untuk jawatan dalam parti ataupun pemilihan untuk jadi calon.
Orang yang melobi dan orang yang membenarkan dirinya dilobi, dua-dua jenis ni tak boleh dibagi jawatan
Kalau betui tu statement dari TG Nik Aziz aku memilih untuk 'sembah derhaka'. Kalau bab melobi untuk diri sendiri, aku memang sangat bersetuju. Ustas Azizan MB Kedah dah terangkan panjang lebar bab ni.
"Dalam Islam ini, Nabi pernah kata kepada seorang sahabat bernama Abdul Rahman bin Samrah; 'Jangan minta jawatan, kalau kamu minta kamu diberi, orang tak akan tolong - kerana kamu minta sangat, tetapi kalau kamu diberi jawatan tanpa kamu minta, orang akan tolong.
Kalau ada yang tak faham lagi kena baca bagi paham kat sini. Kena baca betui-betui, kalau boleh 2 3 kali biar betui-betui paham, jangan salah paham.
Yang aku nak 'sembah derhaka' tu bab yang kedua, bab "membenarkan dirinya dilobi". Kena paham betui-betui, dia tak kata "menyuruh dirinya dilobi". Dua ayat tu memang garis pemisah dian nipis sangat, senang sangat nak disalah tengok, nak disalah tafsir.
Aku tengok ayat ni dari sudut tuan punya diri tidak bagi kebenaran untuk dia dilobi tapi dalam masa yang sama tak pulak mencegah dia dilobi. Kalau dia suruh lobi untuk diri sah dia sama macam dia melobi untuk diri dia.
Bahasa mudahnya, dia bukan mintak diri dia untuk dipilih, tapi dia tak halang orang nak pakat-pakat nak pilih dia.
Pasai apa pada aku lobi melobi ni 'kena' diamalkan dalam PAS, lain kali aku cerita. Sebelum tu baca apa yang TG Nik Aziz nasihat dalam bab pilih pemimpin