Aku pernah bersembang dengan kawan aku berkenaan gelombang pasca PR-12. Macammana nak pastikan gelombang kemarahan kepada BN berterusan sampai pilihanraya umum ke-13 untuk memastikan peluang menjatuhkan Umno dan BN sentiasa terbuka.
Sepanjang selepas pilihanraya ke-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu berbagai perkara berlaku dan banyak isu panas timbul yang rata-ratanya membangkitkan kemarahan kepada Umno BN. Begitu banyak besar dan kecil yang memangkitkkan kemarahan rakyat sampai kami sendiri gagal menyenaraikan semuanya.
Pada pendapat dia yang paling berkesan memastikan gelombang kemarahan kepada Umno BN berterusan adalah pilihanraya kecl dan aku cukup bersetuju dengan pendapat dia. Jika ada pilihanraya kecil dalam jangka masa setiap 3 bulan sudah tentu gelombang kemarahan itu berterusan.
Jika ada pilihanraya kecil, belum sempat lupa, rakyat diajak mengingat kembali. Tak kira secara langsung atau tak langsung. Contohnya melalui kempen keterlaluan Umno BN dalam media, mungkin ada sebahagian yang akan terpengaruh dengan kempen tersebut tapi yang pastinya semua akan teringat kempali pilihanraya umum 8 Mac 2008 dengan 'tagline' "Tsunami Politik" yang terkenal itu.
Pastinya rakyat teringat kembali dengan perarakan BERSIH, Hindraf dan Majlis Peguam tahun sebelumnya yang mengundang pedebatan hebat dari kalangan ahli akademik di menara gading hinggalah ke kalangan rakyat bawahan di kedai kopi.
Rakyat juga akan ingat kembali isu hangat 'Sumpah Saiful' pada PRK Permatang Pauh. Pastinya nama Ramlang Porigi akan kembali disebut-sebut. Bagi yang sempat merasai sendiri kehangatan Permatang Pauh pasti terbayang kembali pengalaman peribadi yang sedikit sebanyak semua tu akan memberi kesan kepada gelombang 'Kuasa Rakyat'.
PRK Kuala Terengganu juga pastinya akan diingat kembali. Bagaimana isu pemilihan calon kedua-dua pihak begitu hangat. Di pihak BN bagaimana isu lantukan semula Wan Farid sebagai Senator hanya untuk beberapa hari sahaja sebelum perlu meletak jawatan untuk menjadi calon.
Di pihak PAS jugak tidak kurang hebat terutama isu calon tempatan. Mohd Sabu sebagai bekas calon yang kalah dan juga beberapa nama besar dari kalangan pimpinan PAS Terengganu kerap keluar di media arus perdana. Akhirnya nama YB Wahid Endut yang menjadi calon PAS.
Kini kita bakal menempuh 2 pilihanraya di dua bukit serentak, Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau. Dun pilihanraya kecil bakal mengenengah isu yang cukup kontroversi yang bukan sahaja diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia malah juga antara berita politik hangat yang diikuti di seluruh dunia.
Kerusi Bukit Gantang kosong berikutan kematian Ahli Parlimen dari PAS YB. Hj Roslan Saharom. PRK ini pasti dipengaruhi oleh kontroversi ADUN Changkat Jering yang juga Exco Perak yang didakwa di makamah atas tuduhan rasuah. Kemudian menjadi lebih hangat bila ADUN dari PKR ini keluar dari Pakatan bersama 2 yang lain yang mengakibatkan kerajaan PR Perak hilang majoriti dalam DUN.
Kontrversi Changkat Jering bersambung dengan isu perletakan jawatan sebagai Exco dan kemudiannya ADUN. Lebih menjadi kontroversi bila surat perletakan jawatan tersebut kemudiannya tidak diiktiraf oleh SPR.
Bukit Selambau juga tidak kurang kontroversinya. Bermula dengan penolakkan calon PKR semasa Pilihanraya umum 8 Mac mengakibatkan pertandingan 2 penjuru diantara BN dan bebas yang akhirnya calon bebas menang dengan majoriti 2,362. Lebig hangat lagi bila V Arumugam masuk PRK dan dilantik sebagai Exco Kedah.
Bukit Selambau kembali diperkatakan bila timbul isu Ecxo Kedah bersekedudukan. Lebih panas lagi bila V Arumugam pula mengeluarkan kenyataan yang dia ditekan dan diugut yang akhrnya membawa kepada keputusan beliau meletakkan jawatan sebagai Exco dan kemudiannya mengosongkan kerusi Bukit Selambau.
Jelas dan nyata bagai mana pilihanraya adalah jalan terbaik mengekalkan gelombang rakyat. Gelombang yang bermula dengan 'Tsunami Politik" pada pilihanraya 8 MAC 2008 mesti dipastikan berterusan jika kita mahu melihat Umno dan BN tumbang.
Walaupun begitu kita tidak seharusnya hanya bergantung kepada gelombang semata-mata. Gerakkerja yang berkesan perlu dirangka untuk memastikan yang Pakatan Rakyat benar-benar mampu mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia. Biarlah rakyat dengan gelombang yang ada memilih Pakatan Rakyat dengan keyakinan yang Pakatan Rakyat memangm mampu memerintah, bukan hanya sekadar kerana marahkan Umno dan BN.