Ada sorang anon yang copy paste entry blog Ust Nik Abduh yang bertajuk kerja - kerja bodoh dalam pas kat entry aku Lobi melobi dalam PAS
Tadi masa mengope kat kedai zambry pun ada member suruh aku baca entry tu jugak. Aku memang nak baca entry tu masa online sebelum tu tapi broadband pulak bertukar jadi 'berukban', sampai kesudah tak boleh bukak, line putus memanjang.
Masa aku baca entry tu sat tadi, aku secara tak sedar macam terus nak setuju dengan 'Unity Goverment'. Tiba-tiba aku semacam dah ubah pendirian. Ayat kat bawah ni aku rasa semacam ada aura yang secara bawah sedar berjaya semacam mengubah pendirian aku sat.
Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.
Mungkin tu aura tulisan yang orang ikhlas kut, padahal sebelum ni dalam entry Kerajaan Campuran? Jangan la bagi kepala kami lebih pening aku siap tulis
Kalau la betul jadi macam yang dalam gambar kat atas skali tu, aku rasa aku akan jadi pembangkang.
Sebenarnya semenjak dua menjak ni agak kuat prasangka aku kat golongan 'ulama'. Mungkin banyak sangat contoh-contoh negatif yang aku dengar sendiri, tengok sendiri malah rasa sendiri yang melibatkan golongan 'ulama' yang menjadikan prasangka aku semakin tebai.
Sampai tahap aku semacam mempersoalkan statemant dari TG Hj Hadi lepas baca satu artikel yang tak sapa-sapa tulis. Sama jugak bila aku baca statement dari TG Nik Aziz yang ditulis dalam surat khabar 'arus perdana'.
Bukan aku taktau yang surat khabar 'arus erdana' tak pernah tulis benda yang 'elok' dari sumber pimpinan PAS tapi aku boleh semacam percaya dengan apa yang aku baca.
Lepas ni aku nak lebih ber‘husnuzhan’ dengan golongan ulama' ni. Aku copy paskan kat bawah ni bukan untuk orang lain tapi untuk aku sendiri baca.
Tapinya sampai tahap ni aku masih tak boleh setuju dengan idea 'Unity Gorvement' pasai aku tak pernah dapat apa hujjah yang TG Hj Hadi guna. Bagi aku tak adil kalau aku sokong 'Unity Goverment' dalam keadaan tanpa hujjah yang aku sendiri boleh terima.
Bagi aku setakat maklumat yang aku ada, idea 'Pakatan Rakyat' adalah pilihan terbaik yang ada buat masa ni. Aku rasa aku patut pegang dengan idea 'Pakatan Rakyat' kecuali hujjah untuk idea 'Unity Goverment' berjaya mengatasi hujjah idea 'Pakatan Rakyat.
Walaupun lepas baca entry tu pegangan aku sedikit goyah tapi aku perlu kepada hujjah yang konkrit untuk mengubah pendirian aku pasai entry tu tak bagi hujjah cuma takat mengingatkan aku supaya lebih ber'husnuzhan'. Aku nak sangat tau apa "sesuatu yang baru dan meyakinkan" tu.
Nampak gayanya aku kena jugak la pi muktamar tahun ni. Mungkin aku boleh dapat "sesuatu yang baru dan meyakinkan" tu kat sana macam aku dapat hujjah pasai idea 'Pakatan Rakyat".
kerja - kerja bodoh dalam pas
April 24, 2009 in PAS, istizkariyyah, muzakarah, politik, wa zakkir | 44 comments
Salam Kamunting,
Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.
Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.
Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.
Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.
Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.
Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.
Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”
Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?
Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?
Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.
Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!
Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.
Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!
Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.
Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.
Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.
Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?
Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.
Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.
Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?
Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?
Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!