Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selesai pilihanraya. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 23, 2009

Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selesai pilihanraya.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Rupa-rupanya dah semunggu aku tak update. Rasa kesian pulak kat kawan-kawan yang masih setia mai singgah kat sini. Aku nak mintak maaf banyak-banyak kalau ada yang keciwa bila masuk sini takdak berita baru.

Bukan tak mau tulis, memang teringat-ingat selalu. Bukan takdak bahan, memang banyak bahan dah dikumpul. Masalahnya tak kesampaian. Tak upaya nak buat, macam yang Al-Banjari tulis
Ada lagi..yang bekerja dibelakang tabir. Cenangau mungkin tidak sempat mengemaskini blog kerana beliau terlibat didalam Unit IT. Beliau berada dibelakang kamera dan laptop untuk siaran langsung yang akan disiarkan oleh TVPasWebTVPAS.


Masalah laptop pun satu hal, masa 'perang' ni la pulak nak 'kong' pun, sampai langsung tak berbalui kalau hantar repair. Desktop kau UPU pulak rosak kena kilat, tapi alhamdulillah baru sampai CPU ganti.

Bila ada peluang online kat Air Kuning, bahan yang ada pulak memanjang dah expired. Tambah pulak kepala otak 'sumbat', langsung 'blank' bila dah tercongok depan laptop pinjam.

Alhamdulillah, bila BNP dah berkampung kat Bukit Gantang ni, rasanya takdak masalah dah kut nak update, boleh la bahagi-bahagi masa kat 3 'office' yang aku ditugaskan setakat ni.

Bunyi macam sibuk sangat sampai ada 3 office tapi sebenarnya tak sibuk mana pun, kadang-kadang tu saja buat-buat sibuk tapi nak tinggai terus tak boleh pasai tenaga memang masih tak cukup. Tapi semakin dekat dengan hari penamaan calon ni tenaga pun semakin bertambah, boleh laa kut curi-curi masa untuk BNP.

Buah update aku kali ni masih lagi macam buah sebelum-sebelum ni. Sapa-sapa yang rasa dia patut turun ke Bukit Gantang kena turun SEGERA pasai memang tenaga masih kurang, masih tak cukup. Rasanya dah sampai masa semua mula berkampung di Bukit Gantang ni(tak kisah la walau pun bagi aku dah sikit lewat. Biar pun lewat tapi masih belum terlambat)

Dengan bersempena pengumuman calon malam ni, boleh la kita pakat-pakat pasang niat bagi yang belum berniat. Bagi yang dah pasang niat kena PERBAHARUI NIAT. Niat kita hanya satu, untuk memenangkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di PRK P059 Bukit Gantang ni.

Kalau ada apa-apa yang tak puas hati sikit-sikit tu jangan diperbesarkan. Kalau ada isu-isu yang boleh di 'KIV' tu kita pakat-pakat KIV dulu. Jangan sampai benda-benda yang remeh-temeh pun boleh merencatkan aktiviti kempen kita.

Lagi satu yang paling penting aku nak peringatkan diri aku dan semua ahli dan penyokong parti-parti Pakatan Rakyat, seboleh mungkin kalau nak bergaduh pun jangan bergaduh di Bukit Gantang. Kita 'berkampung' kat sini untuk kempen PRK, tiada yang lain melainkan untuk PRK.

Kalau perlu sangat gaduh pun tunggu sampai habih PRK ni. Dah habih PRK ni kalau perlu kita sewa padang bandaran, gaduhlah kat situ 3 hari 3 malam pun aku tak kisah.

Untuk itu, aku nak promote satu phrase yang popular masa aku aktif sat kat Gombak dulu. Cukup sesuai kalau perlu dipopularkan kat Bukit Gantang ni. phrase tu berbunyi.

SEGALA PERTEMPURAN DITANGGUHKAN SEHINGGA SELESAI PILIHANRAYA


fikit-fikirkan lah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...