
Jentera BN dah lama mula dan dah lama pun mula main kasar. Semalam masa PC antara yang dihighlightkan tentang risalah saraf dari umno. Taktau la kalau ada lagi yang tak faham risalah saraf yang mudah macam tu.

Kalau sebelum ni mungkin boleh maaf la sikit kalau keselamatan kita longgar, mungkin ramai yang tunggu sampai nama calon keluar baru nak mai semangat. Bila nama calon diumumkan lebih awal maksudnya memang pimpinan harap sangat jentera pun bergerak 'full swing' lebih awai.
Tambah pulak bila Hj Nizar yang dipilih jadi calon PAS untuk PRK P095 ni, takdak sebab dah jentera pilihanraya PAS terutamanya nak ambik sikap bertangguh lagi. Tak payah lagi tunggu hari penamaan calon. Bagi jentera luar yang dah ada kelapangan kena turun segera membantu. Yang belum ada kelapangan kena adjust balik bagi lapang seawai mungkin.

Kalau tengok gambar-gambar yang aku upload kat entri ni menggambarkan yang jentera BN kali ni memang bersedia untuk buat apa saja. Jadinya jentera kita pun perlu bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan yang akan dibuat oleh jentera BN. Bukan nak suruh sampai bergaduh tapi macam tu lah kut lebih kurang. Takkan kita tak berani beli depa dah mula juai.

Ikut maklumat dari petugas UPU Sungai Mati, depa saja biarkan bendera tu macam tu, biar orang ramai tau. Aku kurang setuju tapi tak pa la pasau kejadian tu berlaku dalam jajahan takluk depa. Lagi pulak aku bukan orang tempatan, tak mau la memandai-mandai.
Dengar cerita di belah MTD Trong lagi teruk, bendera lambang PAS dicontiang dengan cat spray. Depa tulis perkataan babi kat tengah bulan. Bukan takat satu dua ja, depa kata berpuluh bendera sederet. Dengar ceritanya report polis pun dah dibuat jugak. Malang sikit sebab gambar yang depa ambik tak terang, kelabu. Tah mana aku letak pun tak ingat, tak jumpak cari.

Sama jugak dengan Unit saraf, kena sentiasa peka. Tambah-tambah lagi la untuk yang duduk bawah UTK, kena betui-betui berperanan, jangan ambik mudah ja pasai kita bukan setakat nak menang tapi kita perlu menang dengan MEJORITI BESAR.