Angkara CELAKA mana ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 27, 2009

Angkara CELAKA mana ni?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Tadi aku terjeromoh dengan Wak Banjari dan Sya kat selekoh Kota Ngah Ibrahim. Rupa-rupanya depa dapat info sensasi. Punya CELAKA sapa yang buat tu. Kalau ya pun panas hati tak payah laa sampai conteng kat masjid. Habih dinding jadi mangsa.

Yang aku herannya awat depa contiang kat Masjid Matang, sapa-sapa sangat yang pi masjid tu. Lain la kalau conteng kat masjid Taiping, dah tentu-tentu ramai orang PAS yang sembahyang kat situ.

Kalau marah kat Mail Pian sepatutnya depa kena pilih area Bukit Gantang, baru tepat ke sasaran pasai dia asal kampung belah sana.

Kalau tentok dari apa yang dicontiang, dah sah-sah la Umno punya kerja. Lebih detail lagi kita boleh hala tuduhan ke puak-puak Ketua Bahagian. Memang pun geng-geng ni cukup tak puas hati pasai calaon yang Najib umum bukan calon pilihan depa.

Harap-harap pihak polis dapat mengambil tindakan yang PANTAS dengan report yang dah dibuat. Takkan polis tak percaya dengan Pak Imam kut.

Kalau pihak polis buat tak paham bahasa macam report yang dah belambak dibuat sebelum ni, pihak polis tak boleh marah kalau ada yang kata depa ni sebenarnya Cawangan Umno.

Yang paling penting Unit Kesselamatan kena tingkatkan lagi rondaan. Kena pastikan betui-betui geng-geng CELAKA yang buat kerja macam ni tak boleh berleluasa. Kalau boleh tangkat depa-depa ni 'red handed' lagi baik. Kita usung CELAKA-CELAKA ni ramai-ramai ni ke Balai Polis.



Gambar ikhsan Al-Banjari. Malas nak upload gambar dari handphone aku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...