Tak berapa jam lagi proses penamaan calon akan bermula. Aku masih lagi belum boleh tidur, dah lama berebah mata masih tak mau terlena, dari terkebil-kebil tengok siling lagi baik aku update.
Penamaan calon akan dibuat di Dewan Perbandaran Taiping. Bagi yang tak berapa pasti kat mana boleh klik gambar kat sebelah untuk tengok gambar besar. 5 jalan utama akan ditutup, dan pastinya bandar Taiping akan sesak sesesaknya.
Penyokong-penyokong PR diarah supaya berkumpul di Masjid Daerah Taiping seawai jam 7.30 pagi. Solat hajat akan diadakan di situ yang akan dipimpin oleh Dewan Ulama PAS Negeri Perak. Lepas itu, semua akan mula bergerak ke Dataran Parking Kereta, Jalan Sultan Mansur, berhampiran Mahkamah Majistret, Risda, dan Taman Tasik. Dari situ baru berarak ke tempat penamaan calon.
Pihak polis katanya nak menghadkan hanya untuk 20 ribu sahaja, 10 ribu untuk BN dan 10 ribu untuk PR. Jadinya kalau lambat besar kemungkinan tak dapat pi ke tempat penamaan calon pasai polis mungkin akan sekat kalau dah lebih 20 ribu.
Aku ada sikit risau dengan proses penamaan calon, mintak-mintak jangan sampai BN buat gila sampai kertas pencalonan dari Hj Nizar ditolak. Memang tak patut sangat kalau Pengurus Pilihanraya tolak, tapi tak boleh kira sangat Umno ni, tambah pulak kalau tengok apa yang depa dah buat kat Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Depa memang dari awai nampak sangat takut nak hadapi pilihanraya, tak mustahil depa gunakan kuasa yang depa ada sampai kertas pencalonan Hj Nizar ditolak, takat lawan calon bebas macam takdak pilihanraya laa.
Tapi kalau la Umnoi hilang akai sampai sanggup buat kerja gila sampai tolak kertas pencalonan Hj Nizar, aku taktau la apa yang terjadi kat pekan Taiping, kalau jadi huru-hara pun aku tak heran, dah tentu-tentu ramai orang akan naik angin, bila dah naik angin apa pun boleh jadi.
Harap-harap jangan la jadi sampai tahap tu.... tapi kalau tengok kekuatan Polis yang berkampung kat Bukit Gantang ni, ish....