
Aku rasa bukan takat kita-kita ja yang taktau, mungkin depa-depa yang merancang konspirasi KUDETA pun taktau pasai jawatankuasa ni. Kalau depa tau takkan depa boleh terlepas pandang. Mungkin jugak depa lupa pasai depa-depa tu pun melayu jugak.
Kalau ikut kenyataan PakLah pasai Speaker baru ni, nampak macam dia risau pasai macammana nak panggil sidang DUN dan mungkin jugak pengendalian sidang DUN ja. Pasai tu laa dia takat kata BN ada cara nak ganti Speaker. Takdak pulak tanda-tanda macam perkara tu perlu disegerakan.

Kesan tindakan Speaker ni memang merumitkan lagi keadaan. Kalau tindakan Speaker tu sah dah tentu laa Zambri tak boleh masuk Dewan. Jadi Menteri Besar apa kalau mesyuarat DUN tak boleh masuk. Bukan takat dia ja, semua Exco dia tak boleh masuk sama.
Pada aku soalan ni cukuppayah Umno BN nak jawab. Kalau nak pakai kuasa Sultan aku tak jumpak pulak FASAL yang sebut kuasa sultan pasai proses lantik Speaker. Kalau nak harap kaedah katak, buat masa ni aku tak berapa nak nampak pasai rata keliling depa dok jaga.
Ooo... ada lagi satu senjata yang Umno BN belum guna. Senjata yang cukup ampuh dan berkesan. Senjata yang selama ni belum pernah mengecewakan Umno. Apa senjata tu? Apa lag kalau bukan ISA. Tak perlu susah-susah, cuma perlu tandatangan dari menteri yang berkenaan dan tentu ada pegawai Polis yang sanggup jadi barua Umno yang dengan sukacitanya menjalankan tangkapan.
