
Memang cukup hangat, dari petang tu lagi dah ramai yang call aku nak tanya apa cerita. Ada yang siap marah aku, pasai aku tau tau. Nak tau macamana kalau aku tak online. Bukan takat tak boleh online, siap tak bersiaran lagi, TV dan radio aku dah lama rosak dan aku belum teringin nak pebaik.
Jadinya nak bagi aku tenang buat kerja yang menimbun semenjak aku bercuti seminggu di Kuala Terengganu baru ni, aku set handphone ke silent mode dan aku letak jauh-jauh. Aku tak risau sangat kalau ada yang nak call pasai kerja pasai kalau depa orang yang berkenaan depa mesti call guna telefon store aku.
Jadi maaf laa kat semua yang call aku tapi aku tak angkat. Bukan malas nak layan tapi aku rasa majoriti yang akan call aku tu nak tanya pasai berita panas tu dan aku takdak jawapan nak bagi.
Bila siap semua kerja aku pun balik kampung. Singgah rumah member, ada hal sikit sambil nak online. Baca lebih kurang dari perawi-perawi yang aku agak boleh percaya, agak paham laa sikit duduk cerita.

Taktau laa pulak kut-kut ada pohak yang berkepentingan yang teringin sangat orang lan jadi MB. Pasainya bila ada pilihanraya seluruh Perak beleum tentu lagi Hj Nizar masih boleh menang. Dah tentu-tentu lagi hebat depa-depa kerja nak pastikan calon MB kalah. Lagi pun takdak jaminan yang Pakatan Rakyat masih akan menang.
Nasib baik laa dah keluar statement yang bersumbar dari Bernama yang kata Pakatan Rakyat takkan bubarkan DUN Perak. Lebih saheh pasai kenyataan tu dari Ngeh, pasai kalau statement dari MB pun memang ok tapi akan ada pulak yang takwil hala ke lain tapi bila statement dari Exco DAP lagi laa kuat pasai depa yang ada paline banyak kerusi kat DUN Perak.
Jugak ada statement dari Pengerusi BBC Perak merangkap ADUN tempat aku yang kata kerajaan Perak semakin kukuh dan MB pun dah mengadap Sultan memaklumkan secara rasmi cerita sebenar.
Yang paling penting aku harap-harap sangat takdak pilihanraya seluruh Perak pasai aku tak belum bersedia nak hadapi pilihanraya kat tempat aku. Dengan ramai 'bantuan' luar yang pastinya akan berkampung dah tentu-tentu akan ada yang cari aku nak tanya macam-macam dan nak mintak macam-macam. Takkan boleh aku kata 'no' pasai depa mai nak bantu. Dan aku rasa Titi Serong akan jadi antara DUN tumpuan selepas Pasir Panjang