Aku tak tau laa apa yang bermain dalam kepala otak pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu YB Elizabeth Wong ni. Kebanyakkannya menjurus ke arah "JANGAN LETAK JAWATAN".
Kalau ada yang tanya aku, dia patut letak ka dak aku kan jawap dengan tegas:
Elizabeth Wong patut letak jawatan tapi BUKAN SEKARANG.Apa hujjah aku?
- Dalam masa terdekat ni kita dah ada 2 pilihanraya serentak, kalau Bukit Lanjan pun kosong dah tentu-tentu akan jadi 3 PRK serentak di 3 bukit berbeza. Dan memang pun pihak SPR dah kata kalau Bukit Lanjan kosong, pilihanraya akan dibuat pada tarikh yang sama.
Masalahnya kalau ada 3 tempat PRK sekali dah tentu-tentu kekuatan jentera sokongan Pakatan Rakyat terpaksa dipecah kepada 3. Dah tentu-tentu hari penamaan calon dan hari mengundi kehadiran penyokong PR akan berkurangan pasai kena pecah kepada 3 kumpulan.
Yang lagi tak seronok, dana pun tentunya akan berkurang pasai kena pecah 3 jugak. Aku rasa tentu dana dari Lembah Kelang pun akan lebih banyak tersangkut kat Bukit Lanjan pasai lebih dekat.
Jadinya jangan letak jawatan, sekurang-kurangnya dalam masa terdekat ni. - Kalau rujuk entry aku sebelum ni berkenaan Harap-harap gelombang "Tsunami Politik" 8 Mac 2008 berterusan Aku amat tekankan yang Pakatan Rakyat memerlukan PRK secara berterusan, sekurang-kurangnya dalam jarak masa 3 bulan.
Lepas ni kalau ada ADUN ka Ahli Parlimen yang rasa macam dah boring dah jadi YB, tak kira la pasai apa pun dan nak letak jawatan. Aku cukup-cukup sokong tapi harus diingat kena ikut giliran, sapa dulu didahulukan, kalau ada lagi yang nak kena tunggu lagi 3 bulan.
Jadinya jangan letak jawatan sekarang, tapi letak laa dalam 3 bulan lagi - Bagi aku YB Elizabeth Wong kena letak jawatan pasai benda Gambar Lucah ni masuk dalam bab moralatau dalam Islam diguna istilah akhlak. Pada aku tak berbangkit masalah dia dianiaya ka dak. Isu ni pada pendapat aku tetap akan bagi kesan kepada Pakatan Rakyat.
Untuk pengundi cina aku risau, pengundi India pun aku tak berapa risau tapi untuk pengundi melayu aku rasa kita semua patut risau. Pasainya orang melayu la ni memang terkenal dengan sifat suka membaca, bukan semua tapi majoritinya memang macam tu.
Maklumat depa hanya dari TV, yang membaca pulak majoritinya pelanggan tetap Metro, Utusan dan Berita Harian. Lain laa kalau sistem sebaran maklumat kita hebat, boleh sampai kepada setiap orang.
Aku kata isu ni boleh beri kesan pasai memang laa tak banyak pun esannya, tapi kalau sikit pun tetap bagi kesan. Tambah pulak kalau ikut keputusan pilihanraya umum lepas, banyak kerusi yang majoriti undi tak sampai 5%. Kalau isu ni depa boleh dapat 1%, depa cuma perlukan lagi 5 isu lain dan peluang untuk BN memang dah sikit cerah.
Jadinya kita kena kurangkan seboleh mungkin kebarangkalian tu. Sekurang-kurangnya bila YB Elizabeth Wong letak jawatan sedikit sebanyak akan mengurangkan jugak kesan isu akhlak ni. Tapi jangan letak la ni, kalau perlu mintak cuti dalam 3 bulan, lepas tu baru resign.