Aku bukan nak menderhaka tapi... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Februari 10, 2009

Aku bukan nak menderhaka tapi...

السلام عليكم ورحمة الله
"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Setakat ni aku masih lagi ber'khusnus dzon' dengan Sultan Perak. Aku menggunapakai pendapat yang mengtakan Sultan Perak ditekan oleh Umno untuk bersetuju dengan rancangan jahat Umno.

Aku juga ber'khusnus dzon' dan setuju dengan pendapat yang mengatakan Sultan Perak n bukan tak Power, dia ni bukan tak paham undang-undang pasai dia ni menang orang undang-undang dan juga dia ni orang yang cukup cersik tapi masalahnya diatak cukuppower nak lawan pemimpin Umno yang terlampau zalim, gila-gila depa tekan sultan.

Jadinya aku pun nak jugak 'MOHON DERHAKA' mencadangkan kat Sultan, nak pi Istana memang dah tak boleh, nak hantar email taktau alamat kalau tau alamat pun aku rasa orang lain akan tolong tapis jadnya aku tulis kat sini saja laa.

Sekali lagi aku nak 'MOHON DERHAKA' bukan nak menderhaka, bukan nak lawan sultan tapi NAK LAWAN DENGAN SYAITAN YANG DUDUK KAT BELAKANG SULTAN.

Kalau laa aku berada kat tempat sultan, sekali lagi nak ulang "MOHON DERHAKA" aku kata KALAU dan hanya kalau aku ada di tempat sultan atau senang bahasanya kalau aku jadi sultan agak-agak apa tindakan aku.

Jum tengok apa pilihan yang Sultan ada.

Yang pertama "BUBAR DEWAN". Yang ni pada aku pilihan paling elok. Biar RAKYAT yang tentukan apa yang rakyat nak. Aku rasa kalau panggil wakil kedua-dua pihak mengadap, dan suruh depa berdua berbincang, jangan bagi depa balik lagi depa tak boleh setuju dengan satu keputusan. Aku rasa keputusan yang kedua-dua boleh dan terpaksa setuju adalah BUBAR Dewan.

Kalau keadaan ni berlaku dah tentu-tentu nama baik Sultan dan Kesultanan terjaga. Dah tentu tak jadi apa yang telah terjadi sampai Web Rasmi Sultan Perak pun terpaksa ditutup.

Yang kedua, Suruh Hj Nizar arahkan Speaker panggil Sidang Dewan Tergempar. Mntak janji dari Hj Nizar kalau masa sidang tu BN nak buat UNDI TAK PERCAYA, speaker kena bagi laluan. Setakat yang aku kenai Hj Nzar, dia ni memang orang yang cukup berpegang pada janji.

Kalau pilih pilihan yang kedua ni pun nama baik Sultan dan Kesultanan Perak akan terjaga. Dah tentu juga tak jadi apa yang telah terjadi sampai Web Rasmi Sultan Perak pun terpaksa ditutup.

Takkan Umno tak setuju pasai depa kata depa ada lebih. BN ada 28+3=31 orang ADUN (3 bebas)lawan PR ada 28-1=27 ADUN (sorang speaker). Takkan pilihan ni pun Umno tak setuju, taktau laa pulak kalau depa ni takut yang 3 orang bebas tu takut nak pi dewan. Nak takut apa, kan polis kita hebat, takkan FRU tak boleh nak kawai.

Tapi tu laa, jelas sangat jahatnya Umno, rakusnya Umno, depa lebih suka kalau jadi huru-hara walaupun depa boleh ambik dengan jalan aman. Mungkin jugak memang tu yang depa nak, keadaan huru-hara, senang depa nak buat kerja.

Sekali lagi nak ulang aku 'MOHON DERHAKA'

p/s : Aku masih tengah fikir nak publish ka dak no Hp Mufti Perak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...