GAME OVER!!! Tapi Game lepas ni jangan kita kalah jugak lagi - Malaysiakini | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Februari 05, 2009

GAME OVER!!! Tapi Game lepas ni jangan kita kalah jugak lagi - Malaysiakini

السلام عليكم ورحمة الله
Hari ni mungkin hari paling kalu bagi kebanyakkan bloggers. Aku rasa majoriti depa ni tak dapat tidur semalam. Malah mungkin sejak lebih seminggu dulu, bila bermula episod kegagalan mengesan kedua-dua Exco MANGKUK HAYUN dari PKR.

Aku? Biasa saja. Malah masa rata-rata orang kalut bila ADUN Bota masuk PKR, aku macam tak rasa apa-apa. Cukup heran aku bila ramai member-member PAS terutama dari luar Perak call atau sms aku ucap tahniah. Aku sampai tanya depa balik "Tahniah pasai apa pulak?" Sungguh, aku macam takdak rasa apa-apa masa tu.

Aku cuma start sikit serabut bila ada yang hantar SMS kat aku kata MB bubar DUN. Mana tak serabut, macam-macam benda tak setel lagi, malah tak mula lagi pun semenjak habis pilihanraya lepas. Aku dok teringat macamana jentera tempatan "pale sumbak" masa Pilihanraya Kecik.

Bila comfirm keluar cerita kata MB nak bubar DUN, aku baru terfikir yang persent untuk PR bertahan sangat tipis, setipis kulit bawang yang bila-bila masa pun boleh koyak. Masa tu bila kawan-kawan tanya jawapan aku mudah jaa. "Tunggu apa kata SPR nanti."

Bila ada pulak yang tanya Sultan Perak macamana, aku hanya kata Sultan Perak orang yang faham undang-undang dan dia memang ikut undang-undang terutama dalam bab nak pilih MB sebelum ni. Aku kata "Pada aku Sultan Perak tak duduk belah mana-mana" tapi aku tak la pulak sampai sebut yang Sultan Perak ni tak duduk belah mana-mana termasuk tak duduk sebelah Islam.

Bila ramai yang sibuk nak pi Ipoh, kononnya nak pertahankan Kerajaan PR Perak. Pada aku nak pertahan guna apa? Apa senjata yang kita ada? Kalau ikhlas nak betul-betul bermunajat, kat rumah pun boleh. Sebelum ada yang nak tuduh aku tak yakin dengan kuasa doa, aku harap depa ingat balik sama konsep usaha.

Pada aku, kita masuk pilihanraya sepatutnya dengan penuh kesedaran yang kita bukan takat lawan dengan BN tapi juga dengan semua instrumen yang dah BN ujudkan untuk memastikan kelebihan dipihak depa dan pimpinan BN ni cukup taat pada mazhab "KITA BOLEH"

Sapa yang patut disalahkan bila kerajaan PR Perak tumbang. Banyak pihak dah mula tunding jari. Kebanyakkan jari mula-mula sekali tunding kat MALAUN dua ekor tu, lepas tu mula rata keliling depa tunjuk. Aku cuma nak ingatkan kita semua yang SEMUA KITA ada saham.

Kita patut mula kaji kelemahan dan kesilapan kita dulu secara peribadi sebelum kita mula tunjuk jari kat orang lain. Kita perlu perbaiki kelemahan dan kesilapan kita secara peribadi dulu sebelum kita mengharapkan orang lain perbaiki kelemahan dan kesilapan depa.

Aku cukup setuju dengan komen pilihan dari PerakExpress:

bagi aja jawatan MB tu kat depa.. kita layan game next PRU13 nanti masa tu kita kaut hasilnya semula…

bagi je pesan teman.. pie bagi elok2 siap salam dgn NAJIB lagi buat serahan kuasa…sah political millage boleh kat kita

ini aja pesan teman…
layan ja papan ches nie…


Betui macam sorang Cikgu pencen kat sini pernah kata:

Tak payak kita cakap banyak, dah orang takmau sudah laaa..


Betui macam kata MatSaman kati,

Relax!!! Dunia belum kiamat dan esok masih ada. Esok kita tengok sapa yang masih tegak berdiri, sapa yang cabut lari, dan sapa yang masih berani...


Kalau sebelum ni aku ada buat entry pasai PAS Perak kembali atas trek, PAS Perak tidak ada plihan lain kecuali memastikan sentasa berada atas trek tu. Cuma perlu dipastikan yang trek tu sentiasa lurus dan kelajuan pulak perlu sekata, harap-harap sampai destinasi tepat pada masa yang dirancangkan.

Game sebelum-sebelum PAS Perak kalah teruk, game ni PAS Perak menang pun hanya secara teknikel. PAS Perak kena pastikan game lepas ni kita menang dengan kemenangan yang nyata. Aku sebut PAS Perak bukan pinpinan PAS Perak pasai semua pihak dalam PAS Perak kena bersatu hati bersama-sama secara berjamaah.

Akhir sekali aku nak ulang lagi kalimah yang selalu orang PAS sebut tahun 80an dulu.
Tarbiah syeikh!! Tarbiah!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...