Setelah puas bermunajat semalam, setelah puas menangis semalam, memohon bantuan dan petolongan dari yang Esa, kita sepatutnya redha dengan semua ketentuanNya. akinlah sesungguhnya ketentuanNya adalah yang terbaik untuk kita.
Apa-apa pun...
Jangan lagi bersedih dan jangan lagi menangis. Sebagai ahli dan jugak penyokong PAS kita tak sepatutnya bersedih lagi kerana kita sebenarnya tidak hilang negeri sebab kita sebenarnya tidak pernah pun memiliki negeri. Kita sebenarnya tidak kehilangan kuasa kerana kita sebenarnya tidak pernah pun memiliki kuasa.
Kita sebenarnya hanya kembali kepada keadaan asal kita sebelum ini, sebelum tarikh keramat 8 Mac 2008, tarikh pilihanraya Umum ke 12 yang menyaksikan bermulanya bermacam-macam pengalaman baru untuk kita.
Kita tidak perlu bersedih, sepatutnya kita perlu bersyukur kerana kita diberi peluang untuk merasai berbagai pengalaman baru yang sebelum 8 Mac 2008 kita tidak pernah bermimpi pun untuk merasa, malah mungkin sebahagian dari kita tdak pernah berangan-angan pun.
Kecuali sebahagian yang terlalu amat kecil bilingannya dari kalangan kita, kita sebenarnya tidak rugi apa-apa. Kita cuma sekadar hilang sedikit untung yang keuntungan itu pun kita tidak pernah fikir sebelum 8 Mac 2008.
Kita tidak perlu bersedih, malah sebaliknya kita boleh berbangga kerana semenjak dari tarikh 8 Mac 2008 sehingga ke tarikh 5 Februari 2009, selama 334 hari, kita telah buktikan kepada semua yang PAS adalah sebuah Parti yang boleh dipecayai.
Kita telah berjaya buktikan kepada dunis yang PAS adalah sebuah parti yang teguh berpegang kepada janji. Kita telah buktikan yang walaupun diasak dari segenap penjuru, digoda dengan berbagai perkara, PAS tetap istiqomah dalam perjuangan.
Kita malah boleh berbangga kerana telah terbukti PAS berjaya melahirkan seorang MB yang cemerlang, sehingga dicemburui semua pihak. Yang lebih manis lagi PAS tidak sahaja boleh berbangga dengan Menteri Besar dari golongan Ulama' tetapi juga Menteri Besar dari golongan 'profesional'
Yang paling baik untuk PAS adalah pengalaman ini memperlihatkan dengan jelas kepada kita siapa kawan siapa lawan. Malah juga memperlihatkan kepada kita dikalangan jamaah kita sendiri,nsiapa yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan dan siapa yang tidak tahan diuji.
Bukan hanya sekadar itu, aku yakin ada banyak lagi sebab kenapa kita tidak perlu lagi terus bersedih dan menangis. Marilah kita bangkit semula, kita susun semula saf yang lebih kukuh dan teguh untuk menempuh perjuangan yang pastinya lebih hebat dimasa depan.