Macam entry aku yang sebelum ni, Sabtu minggu lepas selamat diadakan satu program solidarity untuk Palestin, Himpunan Amal Dana Palestin di Padang Bandaran Majlis Daerah Kerian di pekan Parit Buntar.
Kalau nak baca berita pasai program tu boleh pi baca kat laman Web PAS Parit Buntar. Kalau nak baca certa pasai program tu boleh baca kat blog muallim. Kalau nak baca komen belasah dari aku boleh teruskan membaca.
Alhamdulillah, dengan kerjasama cameraman dari Perak.tv, aku tolong IT PAS Parit Buntar buat live yang disiarkan melalui Saluran 3 WebtvPAS. Sebenarnya tak masuk dalam perancangan pun, lebih kurang pukul 3 petang baru buat keputusan nak try buat live, guna wifi dari MDK (Majlis Daerah Kerian). Pasai tu laa siaran tak berapa cantik, walaupun dah takdak yang 'tersepak wayar' tapi kali ni mungkin faktor angin pulak yang kacau. Kalau setakat nak online kira ok la tapi nak buat streaming video memang kurang sesuai sikit.
Wifi ni dah lama ada, MDK buat masa pelancaran Projek Pelancongan Persisir Sungai Kerian banyak tahun dulu. Jadinya, sapa-sapa yang mai Parit Buntar boleh online guna laptop kat bawah wakaf tepi sungai Kerian, cumanya laptop tu bateri kena ok laa, kalau macam laptop aku memang tak boleh pasai soket power supply takdak.
Berbalik pasai program malam tu, yang paling jelas sekali aku nampak betapa celarunya kaedah kutipan untuk Palestin di Parit Buntar ni. Pada aku YB Dr. Mujahid sepatutnya boleh 'lead' semua pihak yang boleh dan ingin terlibat supaya satu program yang lebih 'grand' boleh diadakan untuk memastikan dana semaksima mungkin dapat dikutip.
Aku pun taktau pasai apa. Mungkin jugak pasai sebelum tu semua orang sibuk dengan Kuala Terengganu kut, nampak macam perancangan program untuk kutipan ni dibuat halai-balai. Aku tak heran laa kalau yang dikutip setakat RM30k (pasai apa tah, aku agak sikit kurang yakin dengan angka ni.)
Kat blog Cina Islam pun aku takdak nampak entry pasai program ni, yang ada dia punya rayuan supaya orang bank-n duit untuk kutipan duit yang kerajaan negeri Perak buat. Dia pun takdak malam tu tapi aku khusnus-dzon, dia mesti ada program kat tempat lain yang lebih penting yang aku taktau di mana pasai takdak pun pengerusi majlis bagitau.
Aku rasa kalau program ni dibuat dengan kerjasama penuh PAS Kawasan, lagi banyak boleh kutip. Memang laa malam tu ada serahan dari beberapa cawangan tapi sebenarnya tak menyeluruh pasai banyak lagi cawangan PAS yang tak pun disebut nama termasuk cawangan kampung aku. Nak kutib macam mana, dengar cerita lagi 2 hari baru surat sampai kat setiausaha, list kutipan tak bagi pulak tu.
Kalau tak silap aku kat Parit Buntar ni ada tak kurang 40 cawangan (ni data 10 tahun dulu), kalau satu cawangan RM500 pun senang-senang boleh dapat RM2k. Mungkin ada yang rasa RM500 tu banyak, tapi kalau betui-betui kempen senang-senang boleh dapat banyak tu, pasai rata-rata cawangan kat Parit Buntar ni ahli lebih 100 orang malah ada yang sampai 300 orang. Kalau sorang bagi lima ringgit memang boleh dapat lebih punya. Kalau takat mintak biasa jaa memang takat seringgit dua ja laa boleh dapat.
Lepas tu pulak kutipan melalui masjid. Kalau betui-betui guna saluran masjid aku rasa takat-takat RM50k senang-senang boleh dapat pasai kat Parlimen Parit Buntar ni ada tak kurang 27 masjid. Kalau sebuah boleh kutip RM1000 dah boleh dapat RM27k. Surau pulak ada tah beratus. Kalau takat letak tabung depan pintu masjid memang laa tak banyak mana boleh dapat. Kalau betui-betui kempen lebih dari tu pun boleh dapat.
Patutnya sebelum tu, buat satu program khas taklimat dengan semua imam-imam, bagi kat khatib-khatib khutbah 'bersemangat' khas sempena kempen tu, buat kurang-kurang untuk dua kali Jumaat. Lepas solat Jumaat arahkan semua masjid buat solat hajat, lepas tu kalau boleh suruh depa buat munajat pendek, baru laa semangat ahli jemaah nak menderma.
Tapi, perlu jugak aku maklumkan yang sebelum tu Ketua-ketua Kampung dah buat kutipan lebih awai. Yang ni melalui kutipan kerajaan negeri Perak yang jugak buat kempen dana untuk Palestin. Yang ketua-ketua kampung kutib ni pun katanya dapat lebih RM30K. Duit tu diserah masa MB turun Parit Buntar 4 hari sebelum tu.
Kalau ikut kehadiran program malam tu menggambarkan publisiti yang kurang berkesan. Aku tak reti nak buat anggaran kehadiran tapi kalau banding dengan ceramah yang selalu buat kat markaz, kehadiran malam tu lebih kurang macam ceramah biasa jaa. Ceramah Bang Mat Sabu aku rasa lagi ramai orang.
Memang ada poster untuk program tu tapi masalahnya jelas nampak macam takat nak buat ceramah biasa jaa. Jumlah poster pun aku tengok tak banyak mana. Senang cerita publisiti untuk program malam tu tak menggambarkan kesungguhan solidariti untuk Palestin yang cukup teruk kena dengan Israel.
Tapi, mungkin jugak bukan pasai publisiti, pasai ada beberapa orang yang sukarela tolong buat habahan guna speaker atas kereta, kaedah yang seingat aku jarang sangat dibuat di Parit Buntar ni. Dengar ceritanya depa round seluruh parlimen Parit Buntar buat hebahan pasai program malam tu. Semua taman perumahan depa masuk, sampai Kuala Kurau dan Tanjung Piandang.
Ataupun, mungkin kehadiran kurang jugak pasai tentatif malam tu kurang menarik. Pada aku kehadiran InTeam malam tu kurang sesuai. Kalau untuk nak tarik audience jelas nampak memang gagal. Aku taktau berapa ramai peminat InTeem kat Parit Buntar ni, tapi kalau ikut malam tu memang kurang sangat yang pi pasai InTeam. Lagi pun agak tak berapa sesuai, macam komen sorang orang kuat PAS dari Kampung Raja Bashah Kuala Kurau
"Dah naik semangat lepas pidato tiba-tiba menyanyi pulak terus turun semangat."
Aku ingat aku sorang jaa yang rasa macam tu, rupa-rupanya ada orang lain yang rasa macam tu jugak. Tambah pulak lagu yang depa nyanyi pun kurang boleh penaik semangat, tambah-tambah lagi bila depa tumpang promosi lagu baru.
Lagi satu yang aku tak puas hati masalah 'lighting'. Pada aku 'lighting' kat pentas Padang Bandaran memang 'fail'. Tak sesuai langsung sebagai pentas untuk program waktu malam. Mana cukup takat guna lampu flourecent 9 bijik. Aku rasa 100 lumen pun takdak. Patutnya untuk pentas kena ada paling kurang kurang pun 600 lumen, baru laa tak keluar kat layar macam filem tahun 70an. Takkan yang tu pun 'Orang Majlis' tak reti kut?
Apa pun aku nak puji satu benda. Malam tu depa sediakan 'banner' gambar pemimpin Yahudi dan depa sediakan beberapa belah kasut. Memang menarik, sapa-sapa yang nak lepas geram boleh baling kasut kat gambar tu. Lagi satu depa sediakan 'hamparan' banner gambar yang serupa kat depan pintu masuk, jadi mula-mula masuk boleh pijak gambar muka pemimpin yahudi.
Pada pendapat aku la, kalau buat program 'Pidato Berapi Hentam Isreal' lagi boleh dapat sambutan. Lagi baik kalau jemput semua semua NGO yang lantang-lantang 'berapi' hantar wakil bagi pidato. Kalau dapat jemput Umnoi sama lagi cantik, kalau panggi lag Dato' Tajudin Rahman aku yakin dia mai punya. Biar malam tu betui-betui jadi malam hantam Israel.
Ramai yang bercakap pun takpa. Lagi ramai lagi meriah. Biar sorang dapat cakap 10 minit pun takpa. Rasanya kalau bagi peluang kat orang ramai yang hadir, ramai yang akan naik bagi pidato berapi-api; takpa, bagi peluang kat depa hantam Israel cukup-cukup, tentu punya lagi semangat depa nak menderma.
Tapi... apa nak buat, depa tak mintak pendapat aku. Aku hanya dapat tau melalui poster selepas balik dari Kuala Terengganu. Dan memang pun seminggu sebelum tu, aku pun sama macam depa, sibuk dengan Kuala Terengganu, nak memastikan MAWE mengalahkan calon Timbalan Menteri, dan dalam masa yang sama mengembalikan nama baik PAS yang agak tercalar dengan beberapa isu yang agak kontroversi sebelum-sebulum tu.