Debat Umnoi vs PAS di Parit Buntar (ubah tempat lagi dgn peta) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Disember 04, 2008

Debat Umnoi vs PAS di Parit Buntar (ubah tempat lagi dgn peta)

Orang ramai tidak perlu risau tentang kehadiran ahli panel debat pada 6 Disember ini kerana kesemua ahli panel sudah mengesahkan kehadiran mereka.

Khabar yang bertiup di Parit Buntar tentang kehadiran ahli panel ini menjadi perbincangan di kedai kopi kerana ketidakyakinan mereka terhadap kehadiran Ahli Parlimen Pasir Salak Dato' Tajuddin bin Abdul Rahman dari Umno.

Debat Perdana yang bertajuk Melayu : Kemana Hala Tuju ini akan diadakan pada hari Sabtu 6 Disember 2008 bermula jam 9.00 malam di Dewan Seri Kerian.Debat yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak ini membariskan tiga ahli panel iaitu Dato' Tajuddin bin Abdul Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak, Dr. Mujahid Yusuf Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar dan En. Hafiz bin Mokhtar Lubis dari Teras.


Kebimbangan ini tercetus kerana sejarah menunjukkan ahli panel dari Umno selalu tidak hadir walaupun menyatakan persetujuan untuk hadir pada peringkat awal.

Pertukaran lokasi debat dari Dewan Chin Bon Kok ke Dewan JKKK Tanjung Piandang dan terbaru di Dewan Seri Kerian, Parit Buntar Inn menambahkan lagi kebimbangan orang ramai.

Menurut satu sumber, Dato' Tajuddin tidak akan menghampakan orang ramai di Parit Buntar kerana komitmennya untuk hadir jelas ditunjukkan sejak mula menerima jemputan debat ini.

Malah Ahli Parlimen ini akan bersama beberapa buah bas membawa penyokongnya dikalangan pemuda Umno Pasir Salak untuk memberi sokongan kepadanya" menurut sumber berkenaan.

Sementara itu, orang ramai sekali lagi dinasihatkan hadir awal ke Dewan Seri Kerian kerana dewan berkenaan hanya mampu memuatkan 500 tempat duduk sahaja.

Persatuan Pegawai-Pegawai Agama Perak yang bekerjasama dengan Pejabat Agama Parit Buntar mengadakan debat ini akan membuat kutipan tiket RM 2.00 kepada orang ramai yang ingin menyaksikan debat ini. Tiket ini boleh didapati di pintu masuk Parit Buntar Inn.

Memandangkan sambutan hebat dijangkakan dari orang ramai untuk hadir ke program debat ini. Pejabat Agama Parit Buntar dicadangkan mengadakan tayangan skrin di luar bagi membolehkan orang ramai yang tidak dapat masuk ke dalam dewan menyaksikannya melalui layar skrin.

Orang ramai yang hadir dijangkakan bukan sahaja dari Parit Buntar malah dari Kedah dan Pulau Pinang kerana Parit Buntar bersempadan dengan kedua-dua negeri ini.

Debat Perdana yang bertajuk Melayu : Kemana Hala Tuju ini akan diadakan pada hari Sabtu 6 Disember 2008 bermula jam 9.00 malam di Dewan Seri Kerian.

Debat yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak ini membariskan tiga ahli panel iaitu Dato' Tajuddin bin Abdul Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak, Dr. Mujahid Yusuf Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar dan En. Hafiz bin Mokhtar Lubis dari Teras.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...