Mat Sabu boleh menang majoriti 1558 undi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Disember 04, 2008

Mat Sabu boleh menang majoriti 1558 undi?

Kebanyakkan yang membicarakan tentang calon untuk kerusi Kuala Terengganu melihat kepada keperluan faktor calon untuk memastikan kemenangan. Kebanyakkannya melihat keperluan untuk memuaskan hati pengundi muda dengan mencadangkan calon yang muda dan orang tempatan.

Kalau hujjah tu depa guna memang nampaknya seperti tidak memihak kepada Mat Sabu untuk dipilih sebagai calon. Kalau kreteria memilih calon adalah untuk memastikan kemenangan apa kata kita kaji keputusan pilihanraya ke 12 yang lalu.

P36 KUALA TERENGGANU
Jumlah Pengundi: 80,325
Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27%
1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
2. Maimun Yusuf (Bebas) (685)
3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934)
Majoriti: 628
Jumlah undi: 66,112
Peratus mengundi: 82.31%
Undi rosak: 931
Penyandang: Datuk Razali Ismail (BN)
(Majoriti: 1,933 undi)

N13 WAKAF MEMPELAM
Jumlah Pengundi: 20,573
Peratusan Kaum: M: 99.33% C: 0.43% I: 0.07% L: 0.15%
1. Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas) (9,645)
2. Othman Awang (BN) (7,452)
Majoriti: 2,193
Jumlah undi: 17,253
Peratus mengundi: 83.86%
Undi rosak: 156
Penyandang: Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas)
(Majoriti: 1,888 undi)

N14 BANDAR
Jumlah Pengundi: 18,953
Peratusan Kaum: M: 60.4% C: 38.02% I: 1.23% L: 0.31%
1. Toh Chin Yaw (BN) (7,831)
2. Dr. Abdul Manaf Che Mat (PKR) (6,689)
Majoriti: 1,142
Jumlah undi: 14,751
Peratus mengundi: 77.83%
Undi rosak: 231
Penyandang: Toh Chin Yaw (BN)
(Majoriti: 1,612 undi)

N15 LADANG
Jumlah Pengundi: 16,777
Peratusan Kaum: M: 91.5% C: 6.86% I: 1.12% L: 0.43%
1. Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Pas) (6,723)
2. Datuk Wan Hisham Wan Salleh (BN) (6,692)
Majoriti: 31
Jumlah undi: 13,700
Peratus mengundi: 81.66%
Undi rosak: 285
Penyandang: Datuk Wan Hisham Wan Salleh (BN)
(Majoriti: 1,041 undi)

N16 BATU BURUK
Jumlah Pengundi: 24,022
Peratusan Kaum: M: 98.02% C: 1.41% I: 0.35 % L: 0.20%
1. Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas) (10,672)
2. Senator Nordiana Shafie (BN) (9,511)
Majoriti: 1,161
Jumlah undi: 20,395
Peratus mengundi: 84.9%
Undi rosak: 212
Penyandang: Wan Abd. Mutalib Embong (Pas)
(Majoriti: 140 undi)

Jumlah undi DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu
DUN PR BN Majoriti
Wakaf Mempelam 9645 7452 2193
Bandar
6689 7831 -1142
Ladang 6723 6692 31
Batu Buruk 10672 9511 1161
Jumlah 33729 31486 2243

Kalau ikut jadual diatas sepatutnya calon PAS di Parlimen boleh menang dengan majoriti 1558 undi setelah ditolak undi untuk Makcik Maimun. Kita tengok pulak bandingan undi DUN dan Parlimen.

Parlimen PR BN Majoriti
Kuala Terengganu 31934 32562 -628
Undi DUN 33729 31486 2243
Beza Undi -1795 1076 -2871

Aku rasa ada beberapa alasan depa tak undi calon PAS kerusi Parlimen. Yang pertama mungkin pasai tak setuju dengan peribadi Mat Sabu, betui ka dak pandangan depa tu soai lain. Satu lagi sebab mungkin dulu depa tak undi PAS nak tunjuk protes pasai PAS tak letak calon tempatan tapi letak calon luar.

Lagi satu mungkin pasai depa kesian kat Makcik Maimun, harap² dengan depa undi makcik Maimun dia tak hilang wang deposit. Depa ni semua tak undi PAS bukan pasai nak bagi PAS kalah. Dan mungkin depa yakin Mat Sabu akan menang walaupun tanpa undi depa.

Tak kira la pasai apa pun tapi aku rasa antara benda yang mungkin buat depa sikit kurang rasa bersalah tak undi calon PAS untuk Parlimen pasai masa tu depa ada dua undi. Depa tetap boleh mengaku undi PAS cuma yang lagi satu ja depa tak bagi kat PAS.

Tapi pilihanraya kecik kali ni depa hanya ada satu undi. Takkan depa sanggup tak bagi undi yang hanya satu kat PAS. Kalau depa tu ahli PAS aku rasa tentu dah depa akan bagi kat PAS. Depa akan rasa bersalah kalau tak undi PAS.

Kalau jadi PAS letak Mat Sabu sebagai calon, kurang-kurang pun kita dah tau antara faktor yang kita patut atasi untuk pastikan undi yang tak dapat masa PR 12 tu dapat kat kita. Kerja saraf perlu diperhebat nak counter masalah tu dan aku rasa tak payah mana pun.

Berdasarkan perkiraan ni aku rasa peluang untuk menang memang cerah kalau Pakatan Rakyat memilih Mat Sabu jadi calon.

Yang lebih penting pada aku keperluan untuk PAS menghantar Tuan Haji Mohamad Sabu ke Parlimen. Aku harap jawatankuasa pemilihan calon akan dengar pandangan Mursyidul Am PAS yang suka kalau Bang Mat kita yang jadi calon.

Cenangau atas Daun Kari

* Baca juga artikel oleh Ust Zulkarnain Abidin Al-Hafiz berkenaan isu calon ni.
* Juga yang ini dan ini 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...