Awat depa marah bila orang miskin dapat tanah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 02, 2008

Awat depa marah bila orang miskin dapat tanah?

Bernama hari ni sebut "Pemilik tanah lot kediaman di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Kampung Baru di seluruh Perak boleh memohon menukar status dari hak milik pajakan kepada hak milik kekal mulai hari ini," kata anggota Exco Kanan negeri Perak Datuk Ngeh Koo Ham. Dalam blog Cina Islam pun ada cerita hal yang sama.

Elok laa tu. Cumanya aku harap² sangat ada yang boleh dipercayai bertanggungjawab yang memantau proses ni. Bukan apa, aku takut ada malaun² yang ambik kesempatan. Untuk Kampung baru aku tak kisah sangat, tapi di Kampung Tersusun tu yang kena sangat perati betui².
Ketua² kampung perlu dilibatkan secara langsung untuk menentukan kesahehan pemohon. Kalau boleh ada dua tiga tapisan dibuat untuk memastikan tiada kecurangan di mana-mana pihak sebelum satu 'warta' untuk semakan awa
m ditampal untuk memastikan ketelusan.

Ingatan ikhlas dari aku ni pasai kita semua sedia maklum yang kerajaan PR Perak ni baru, semua orang takdak pengalaman, kalau ada yang berpengalaman pun pengalaman masa Umnoi dulu yang semua orang patut maklum sangat dengan tahap rasuah dan salah guna kuasa masa tu.

Sebelum ni, isu tanah ni meriah sangat kat media. Berita TV siang malam ulas isu ni, sampai MB perak dilabel sebagai boneka DAP pasai lebihkan orang cina, nak bagi tanah status 999 tahun kat kampung baru. Lepas tu pulak heboh lagi pasai nak bagi tanah kat SRJKC. Ada pulak tanpa soal selidik marah kat PAS pasai tunduk pada DAP, patutnya kena bagi kat SAR.


Nak marah lebih² kat depa pun tak patut pasai depa memang tak dapat maklumat yang kerajaan Perak pun ada jugak cadangan nak bagi kat SAR, dah bincang pun cuma belum dapat dilaksanakan lagi pasai ada masalah teknikel.

Asas isu tanah ni cuma digembar-gemburkan yang orang melayu marah pasai kerajaan Perak bagi tanah kat orang cina. Kononnya seolah-olah mencabar ketuanan melayu dalam bab tanah. Yang lawaknya Umnoi bersungguh² nak jadi juara isu ni.

Awat la ni baru depa nak sebok. Selama ni tah berapa ribu ekar tanah rizab melayu bertukar tangan depa langsung tak berbunyi. Patutnya depa bagitau kat rakyat Perak berapa ekar yang depa sendiri dah lelong tanah rizab melayu.

Patutnya depa war²kan kat dalam TV dan suratkhabar bagaimana undang-undang dan perlembagaan berusaha menjaga tanah untuk orang melayu. Sepatutnya semua orang melayu faham yang:
Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis(similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti.Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan]
Satu lagi yang depa marah sangat pasai nak bagi tanah kat orang miskin ni pasai apa? Rata-rata yang duduk kat kampung baru tu miskin walaupun mungkin tak semiskin yang duduk kat kampung tersusun. Pada aku kalau betui² miskin tak payah bayar premium pun takpa, bagi lagu tu jaa. Depa pun bukan baru duduk kat situ, dah makan puluh tahun, beranah cucu kat situ.

Lagi satu, dulu bila ada bukak rancangan tanah untuk orang miskin, puak² yang riuh ni la dok tengok keliling, sapa yang boleh jadi proksi depa. Kalau emak Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin, ADUN Kubu Gajah pun boleh dapat tanah, takkan takdak adik Ketua Cawangan yang dapat. Ni bukan tuduhan aku tapi tuduhan Ust Nazri, Penyelia Dun Kubu Gajah masa ceramah kat Tg Piandang baru ni.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...