Ir. Amiruddin Hamzah kata Umnoi 'pelag' | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Disember 20, 2008

Ir. Amiruddin Hamzah kata Umnoi 'pelag'

السلام عليكم ورحمة الله
Selama ni aku jarang sangat tulis pasai aktiviti PAS, pasai tu kut ada yang macam tak iktiraf aku sebagai bloggers PAS. Jadi kali ni aku nak lopor aktiviti ceramah semalam. Kira semalam laa pasai la ni dah lebih pukui 12.

Ceramah tu buat kat tapak pasar hari pekan Bagan Tiang, salah satu pekan koboi yang ada dalam DUN Titi Serong. Ceramah anjuran PAS Kawasan dengan kerjasama cawangan sekitar; cawangan Bagan Tiang, cawangan Sungai Labu Bawah, cawangan Sungai Kota. Cawangan² tu ja yg aku rasa ada dekat² situ, pengerusi majlis pun tak bagitau nama 5 cawangan yang terlibat.
Kira ok laa ceramah tu pasai tapak ceramah tu tepi jalan, atas tar lagi, betui² seberang jalan masjid Pekan Bagan Tiang. Sebelum ni aku rasa tak pernah PAS buat ceramah dekat² situ. Paling dekat pun kat Sungai Kota. Kalau tahap ceramah kelompok tu ada la.

Ceramah malam tu depa panggi Exco Industri negeri Kedah, YB Ir. Amiruddin Hamzah, ADUN Anak Bukit yang ceramah dengan Timbalan Exco Agama negeri Perak, YB Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong.

Kawasan Bagan Tiang ni kira gray area laa kat Parlimen Parit Buntar ni. UPU sini PAS tak pernah menang walaupun majoriti pengundi melayu. Kalah bukan sikit², mata ratus jugak laa. Pilihanraya baru ni pun kalah jugak. Umnoi kat kawasan tu memang kuat, PAS pulak tak berapa kuat, semenjak kes Islah dulu yang antara orang kuat Islah dulu aktivis utama PAS kat situ. PAS kat situ hidup segan mati tak mau.

Tapi la ni PAS dah nampak banyak peningkatan, tambah pulak bila PakNjang Bakhtiar masuk PAS dan depa lantik dia jadi ketua kampung. JKKK kat situ pun cukup aktif, banyak aktiviti depa dah buat. Yang paling baru depa berjaya buat karnival sukan, katanya 50 pasukan ambik bahagian.

Tapi ada satu cerita panas yang aku baru tau. Aku sembang sendiri dengan salah sorang JKKK kat situ. Dia cerita pasai isu dewan JKKK. Aku ingatkan dah selesai semua isu dewan JKKK ni, rupanya ada lagi yang tak selesai lagi. Dah sah² dewan tu bukan kat tanah persendirian, patutnya takdak masalah JKKK baru nak ambik alih.

Dia kata sampai hari ni pun JKKK lama takmau serah lagi kunci. Katanya surat arahan dari DO pun ada keluar dan depa pun dah buat perjumpaan 6 mata tapi sampai la ni tak nampak jalan lagi. Dia kata nak kena 'main kasar' jugak nampaknya kut.

Member tu janji nak bagi bahan bukti kat aku sebelum dia 'main kasar'. Bila dah dapat aku satgi publish kat sini, biar semua dapat tengok betapa 'pelag'nya Umnoi ni. Untuk makluman, istilah tu bukan istilah aku tapi istilah yang keluar dari mulut YB Amiruddin masa ceramah semalam.

Cerita dia pasai ADUN Bayu masa bahas bajek kat sidang DUN Kedah baru² ni, merayu mendayu² mintak bagi jugak kat ADUN BN peruntukan pembangunan yang RM100,000.00 tu sama macam untuk ADUN Pakatan Rakyat dapat. Konon untuk menggambarkan kerja sama, konon demi bangsa.

Dia kata dia jawab masa penggulungan, takdak masalah nak bagi tapi depa kena terima syarat. Syarat pertama Umnoi kena buktikan betui² nak kerja sama, kena iktiraf kerajaan pimpinan PAS Kedah, kena iktiraf JKKK dan ketua kampung yang kerajaan negeri lantik. Tak payak sibuk nak tubuh JKKP, jangan mengarut nak lantik penyelia mukim.

"Syarat kedua, kena bagi jugak peruntukan RM500,000.00 kat Ahli Parlimen pembangkang yang selama ni dibagi kat Ketua Bahagian Umnoi. Kalau boleh terima syarat² tu, subuh² lagi pun kita boleh bagi. Tak ka 'pelag' namanya tu, masa kena kat kita tak pa, tapi bila kena kat depa tak boleh pulak."

Kesimpulannya bagi aku ceramah tu walaupun kehadiran tak sampai penuh tapak tar tu tapi kira berjaya laa. Buat kat kubu Umnoi. Cumanya aku tak puas hati pasai macam biasa, ceramah mula lambat. Patutnya pukui 9 dah boleh mula tapi dckat pukui 10 baru mula. Nak kata ada masalah teknikal tak nampak pulak.

Lagi satu aku tak puas hati pasai Exco ti mai pakai kereta perdana, kereta rasmi. Patutnya program² parti ni tak boleh la pakai kereta kerajaan. Takkan takdak kereta sendiri. Taktau la pulak kut² dia baru habih program lain petang tu, takdak nak balik tukar kereta. Bagi bagi aku kalau nak seribu daya, kalau takmau seribu dalih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...