PRK P036 - Calon²nya... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Disember 20, 2008

PRK P036 - Calon²nya...

السلام عليكم ورحمة الله
Malam ni PAS katanya akan umum calon untuk PRK P036 Kuala Terenganu. Sapa pun calon yang diumumkan esok, orang tu lah yang akan jadi ayam sabung PR, mungkin akan lawan sehingga 5 penjuru; PR, BN, Nenek tua, Tokey Sekerap dan AKIM.

Antara banyak² blog yang melobi pasai calon ni aku suka cara tulahan, walau pun aku tak berapa nak setuju dengan calon pilihan dia tapi hujjah² dia elok kalau boleh diambil kira sama.


Bila baca blog, Abang Mat Sabu lah paling popular. Tapi blog tak melambangkan hasrat sebenar pengundi di sana. Bukan penulis tak suka pada Abang Mat, kalau di tempat lain dari Terengganu penulis sokong Abang Mat calon paling tepat....

Siapa calon PAS Kawasan?. Ada beberapa nama mungkin dalam perhatian. Pertama, Dr. Syed Azman seorang yang memang layak dari segi akademik dan jawatannya, tapi dia dah jadi ADUN so bagi kepada calon lain lah. Banyak calon lagi.

Kedua, Dato' Mustapha Ali juga layak dari segi pengalamannya, tapi dia ada cakap PRU ke 12 adalah yang terakhir baginya. Bagi calon lebih muda la.

Ketiga, Dato Wan Mutalib ada kelayakan bidang guaman, berpengalaman lama sebagai ADUN, ada jawatan dalam PAS Kawasan. Dalam PRU ke 12, dia tak bertanding kerana bagi peluang calon lain, lama sanggat dah dia jadi ADUN. PRK kali ini, bagi calon lain juga kot.

Keempat, Dr. Khazani disebut-sebut paling layak, disokong pemuda Terengganu, masih muda dan kelayakan akademiknya tinggi. Namun, dia masih kurang pengalaman dan masih baru. Bagi peluang dia jadi usahawan berjaya dulu.

Kelima, Ust. Azman Shapawi Ketua Pemuda ada kelulusan agama, gaya pidato seperti Presiden. Masalahnya Ust. Azman tidak di Kuala Terengganu, dia di Dunggun. PRU ke 12, dia bertanding di satu kerusi DUN di Dunggun. Bagi calon tempatan lah....

Penulis pilih Ariffin Deraman kerana pengorbanannya yang dah lama dalam jamaah... Beliau tidak seperti orang lain bekerja dan bergaji besar dengan ijazah di tangan. Sebaliknya, beliau menginfaqkan dirinya kepada jamaah, bekerja sepenuh masa dengan parti... Namun, beliau tak pernah dicalonkan oleh parti untuk bertanding pilihanraya. Oleh kerana tak pernah dicalonkan, tak pernah jadi ADUN. Maka, namanya tak taklah tersohor di mata umum. Tapi di mata orang jamaah di Terengganu, memang namanya cukup dikenali termasuk oleh Presiden...


Senang cerita sapa pun yang dipilih jentera tetap ada isu yang pasti BN akan main yang jentera kena jawab. Kat bawah aku listkan secara ringkas. Berdasarkan yang aku pernah baca online (malas nak google)


  1. Mat Sabu - Isu Calon Luar (pengundi tempatan takmau), isu moral (cerita lama yang pasti dimanipulasi balik)

  2. Dr. Syed Azman - Isu ADUN (takkan takdak calon lain), lebih masa kat KL (tuduhan beberapa blog)

  3. Dato' Mustapha Ali - Tak bertanding 2008 (sendiri kata takmau dah), isu erdogan (percakaran sesama pimpinan)

  4. Dato Wan Mutalib - Tak bertanding 2008 (bagi laluan utk orang lain),

  5. Dr. Khazani - Orang baru, pengundi belum kenai, belum diuji.

  6. Ust. Azman Shapawi - Bukan anak tempatan, gagal pertahan kerusi.

  7. Ariffin Deraman - Orang baru, pengundi belum kenai



Kot mana pun jentera penerangan & saraf kena buat kerja kena counter balik isu² tu. Kesan dia walaupun bilik gerakan boleh buat kajian tapi kita hanya boleh pasti lepas keluar keputusan. Kesan yang kita dah tau cuma isu calon luar. Katanya pasai isu tu Mat Sabu kalah (tak pulak depa kata kalah tipis).

Pada aku yang paling penting PAS amat memerlukan Mat Sabu sebagai ahli parlimen dan aku harap pimpinan PAS pun fikir macam tu jugak. Aku pun dah bentangkan cadangan aku, cara orang tak reti.

Aku rasa semua pihak dah bagi pendapat masing², Presiden sendiri pun dah kata akan ambik pandangan dari semua pihak termasuk bloggers. Harapan aku bila dah umum calon, semua pihak akan wala', terutama sekali yang calon pilihan depa tak terpilih.

Kalau tak puas hati sangat pun, simpan dulu sampai habih kempen pilihanraya. Tugas semua pihak sehingga habih tempoh kempen adalah memastikan kemenangan calon yang dah dipilih tu denga menggunakan sepenuhnya kepakaran dan ruang yang kita ada.

Bila dah keluar keputusan nanti, kita pakat² analisa tengok. Tak kira laa menang ka kalah, kita sama² kaji tengok dari semua sudut tepat ka dak calon yang dah dipilih.

Kata laa calon yang dipilih bukan Mat Sabu, dan calon tu kalah (harap² menang laa), aku nak dengar apa alasan pimpinan Terengganu, aku cukup yakin ramai bloggers yang akan belasah balik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...