Ada yang kata PAS Parit Buntar tak sedar diri - jawapan balas | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Disember 17, 2008

Ada yang kata PAS Parit Buntar tak sedar diri - jawapan balas

Aku saja takmau jawab lagi kemarin semua tuduhan yang 'orang perak' lempar kat PAS Parit Buntar dengan harapan biarlah pihak yang ada autoriti jawab dulu dan alhamdulillah dah ada keluar jawapan hari ni kat web rasmi PAS Parit Buntar.

Aku rasa artikel tu dah jawab semua persoalan yang ditimbulkan siap dengan nota kaki sekali. Bagi aku tak kisah laa kalau orang nak terima ka dak jawapan tu. Kalau masih tak puas hati, mai laa sini, buat siasatan betui².

Mai melawat pejabat PAS Kawasan, mai melawat Pejabat YB, tengok sendiri realiti macamana. Lepas tu ringan² mulut tanya semua jenis orang, tanya sama orang cina dan orang india, apa persepsi depa tentang PAS Parit Buntar. Lepas tu kalau nak hentam sekali lagi, silakan.

Aku cukup terkilan bila dia kata PAS Parit Buntar ketinggalan berbanding kawasan² lain. Pada aku pun PAS Parit Buntar ni masih tahap slow tapi tuduhan ketinggalan berbanding kawasan lain pada aku sangat² menggambarkan betapa si penuduh langsung takdak maklumat kalaupun tak berniat jahat.

Memandangkan semua yang baca blog aku ni semua celik IT, elok aku bagi contoh dalam bab IT supaya mudah nampak. Laman PAS Parit Buntar yang mula diterbitkan tahun 2000 masih bertahan sampai la ni malah semakin aktif. Banding kawasan lain, kalau ada pun hanya setakat dalam bentuk blog tapi PAS Parit Buntar dah lama guna sistem CMS.

Kut² ada yang tak tau atau mungkin jugak lupa yang Laman Web PAS Parit Buntar adalah pemenang pertandingan Laman Web kategori kawasan  PUTIK tahun 2001 kalau tak silap. Jangan banding dengan Web kawasan² tapi banding dengan web negeri².

Kalau bab kerja² pilihanraya, PAS Parit Buntar dah guna IT secara meluas sejak tahun 1999 lagi. Kalau agak tak yakin boleh tanya IT PAS Perak malah IT PAS Pusat jugak tahap mana penggunaan IT PAS Parit Buntar terutama yang melibatkan SSDP dan Spokas.

Satu lagi saja nak bagitau yang PAS PArit Buntar mendahului negeri IT Perak sendiri menganjurkan ceramah Perdana secara Live, (katanya dengan bantuan sahabat dari PAS Kedah yang berasal dari Bagan Tiang)

Kalau takdak sikap terbuka dan mau maju ke depan, saheh PAS Parit Buntar masih sama tahap dengan Kawasan² lain dalam bidang IT. Kalau takdak kerjasama dan kepercayaan pimpinan PAS Kawasan kepada unit/lajnah IT terutaman sekali dalam bab sokongan duit ringgit, aku tak yakin IT PAS Parit Buntar boleh sampai tahap ni.

Bagi satu perkara yang PAS Parit Buntar kena terima, walaupun tuduhan ni jauh sangat meleset tapi roh dia tetap ada, masih banyak benda yang pada aku belum cantik, masih banyak benda kena pabaik. Pimpinan PAS Parit Buntar kena ambik roh tuduhan ni sebagai peringatan.

Banyak pihak yang memerhati perkembangan PAS Parit Buntar. Harapan yang pengundi bagi kat PAS Parit Buntar sangat tinggi selepas depa tarik balik sepenggal bila kalah tahun 2004 selepas menang sebelum tu tahun 1999.

Aku harap sangat PAS Parit Buntar bijak menggunakan semua 'kapital' yang ada untuk memantapkan lagi jamaah. Tambah pulak dah pegang kerajaan, cukup banyak kemudahan yang sepatutnya boleh digunapakai selain untuk kemudahan kepada rakyat tapi dalam masa yang sama mesti memperkasakan parti.

Aku secara peribadi nak bagi tempoh sampai mesyuarat agung PAS Kawasan tahun depan. Kalau PAS Parit Buntar termasuk kedua² YB masih 'slow' tak payah 'orang perak', aku si Cenangau kentut busuk, mungkin duduk barisan depan sekali belasah PAS Parit Buntar. Masa tu jangan sapa gatai² nak syarah kat aku konsep wala' atau konsep 'rahsia parti'.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...