Petang semalam ada hai sikit aku call matcomot. Belum habih cakap apa yang aku nak cakap tetiba ja potong cakap aku, lepas tu terus dia pot-pet², kalah mak nenek. Bunyi bengang sungguh dia. Rupa²nya pasai ada MSK bagitau kat dia team bloggers Perak yang lagi baru pi mengadap MB.
Aku dengar pun bengang jugak. Ya laa memang laa belum saheh. Matcomot pun bagi aku belum boleh masuk senarai 'perawi' aku yang boleh pakai. Ya laa, baru jumpa sekali masa konvensyen hari tu. Tambah pulak dia pun ada 'perawi' lain bagitau kat 'perawi' lain yang bagitau kat dia. Tapi nak tolak terus pun tak boleh jugak. Relevennya pun ada jugak.
Aku harap benda tu tak betui laa. Dan kalau betui tak betui atau pun kurang tepat, aku harap bloggers tu buat laa penjelasan biar betui tepat. Kalau tak betui langsung buat penafian. Aku nak tambah sikit lagi ciri-ciri bloggers tu, bukan takat dia hadir tapi tak daftar malah tunggu sampai 'press conference' khas untuk bloggers. Clear kut no?
Kalau takmau tak payah jawab direct pun takpa. Kalau betui pi jumpa MB tapi bukan pasai yang didakwa, cerita laa pasai apa. Kalau takdak langsung pi jumpa MB buat laa posting cerita apa aktiviti pada tarikh dan masa berkenaan.
Kalau betui laa macam yang dia kata, memang tak patut betui laa blogger tu buat macam tu. Kalau join sekali awatnya. Kalau pasai tak percaya dengan PKR aku pun bukan berapa percaya sangat tapi macam yang aku pernah tulis sebelum ni, aku pegang keputusan Muktamar.
Yang paling aku tak taham telinga pasai Matcomot belasah tempias kena kat aku sama, yang tu yang aku paling tak puas hati tu. Aku pun antara sebab utama aku joint pun pasai tak berapa nak percaya dengan PKR laa jugak. Kurang-kurang pun kalau aku duduk kat dalam aku tau jugak laa apa yang dibuat.
Kalau depa buat tak betui memang aku belasah punya. Tapi kalau duduk luar macam mana nak tau saheh. Takat dengar dari perawi jaa tak cukup clear, nak balun pun tak syok.
Rupanya bila duduk dalam, kurang-kurang pun masa MSK kendali mesyuarat pertama nak buat lantikan, memang nampak BLOGGERS NETWOR@PERAK bukan bermotif politik. Sekurang-kurangnya ketelusan tu aku nampak jelas. Permulaan yang cukup cantek. Ingat aku pi semata² saja-² nak berkenalan dengan MSK (gambar atas) ka?