Akhirnya dihukum ditembak mati | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 09, 2008

Akhirnya dihukum ditembak mati


Begitulah kisah dunia. Satu lagi chepter order baru dunia Amerika berkenaan keganasan telah berjalan.

Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan adiknya Ali Ghufron dah pun disahkan meninggal dunia ditembak oleh pasukan penembak setelah dijatuhkan hukuman kerana dituduh melakukan letupan di Bali yang mengorbankan 202 orang 6 tahun dulu.

Bersalah atau tidak mahkamah Indonesia dah pun buat keputusan. Yang sokong pasti merayakannya,  yang menentang pasti akan menyimpan dendam.  Masalah selesai? Hanya masa yang akan menentukannya.

Yang nyatanya masih ramai yang sampai ke blog aku ni melalui enjin carian dan antara kata kunci paling polular "cara buat bom canggih". Nak kata banyak taklaa sampai beribu, tapi macam mesti ada tiap bulan. Peminat mereka sangat ramai dan ada di setiap pelusuk dunia.

Jangan pulak ada yang ingat aku pandai buat bom pulak, tengok bom pun tak pernah, main meriam buluh pernah laa, tu pun orang lain yang buat. Cumanya aku pernah tulis pasai kematian Dr. Azhari.

Aku secara peribadi tak berapa nak bersetuju kaedah 'keganasan' digunakan walaupun atas alasan mempertahankan Islam. Seboleh mungkin kena guna kaedah lain. Tambah pulak kalau guna kaedah bubuh bom kat badan letup diri sendiri, ada ulama' kata boleh tak kurang jugak yang kata tak boleh denga hujjah depa tersendiri. Walau bagaimana pun aku agak boleh terima hujjah kes Palestin.

Kita boleh kata macam-macam, apa saja, tapi kita tak duduk kat tempat depa dan kita tak rasa apa yang depa rasa. Kalau kita duduk tempat depa dan kita rasa apa yang depa rasa mungkin tindakkan kita lebih keras dari tindakan depa, dan kita hanya akan tau jika dan hanya jika kita adalah depa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...