Sebelum ni dia pernah kata "For me, Islam comes first. I am a Muslim first, a party member second. A Muslim first, a lawyer second. A Muslim first, an MP second."
"You attack Islam, I'll be there, even if I have to do it on my own. Whatever it is, Islam comes first,"
Baru ni dia kata "In the name of Islam, I'm prepared to face any possibility. I'm talking about religion, not about being a Malay,"
Aku pun sebenarnya tak berapa nak setuju kalau pi ceroboh program orang.
Kebebasan bersuara kita kena hormat, kita mana boleh halang orang nak bercakap. Dia belum bercakap, kita belum pasti apa yang akan dia cakap, memang kita boleh agak tapi belum tentu betui. Mana boleh ambil tindakan kalau salah belum buat.
Yang canteknya kita biar dulu depa berforum. Kita dengar apa yang depa cakap. Kalau tak kena kita belasah laa balik, berhujah balik. Lepas depa kita pulak anjur forum kalau boleh kat situ jugak, panggil depa mai, tanya berdepan, berhujjah. Kalau perlu dan sesuai boleh bawak pi mahkamah, berhujjah pulak kat mahkamah.
Walau pun macam tu, aku masih ada sikit sokong tindakan YB Zul kalau betul dia merempuh pun, bukan apa, biar depa-depa tu tau, jangan buat lebih kurang, jangan ingat hangpa jaa berani. Bukan apa, GERAM!!! Masa kecoh isu artikel 11 dulu lagi dah di bagi amaran, tapi depa-depa ni saja buat-buat lupa. Memang kurang ajar.
Bagi aku, kes ni yang betuinya depa nak test ketua pembangkang yang baru, setakat ni dia masih belum lagi memihak, masih nampak berhati-hati. Tapi kena ingat geng-geng pelobi dan penyokong Islam Liberal ni dah ada kat nama-mana. Banyak tempat-tempat strategik depa ni dah dapat pegang. Dan depa ni takkan berhenti selagi depa tak berjaya. Depa akan buat dan cara kerja depa ni memang profesional, memang terancang.
Kerja kita kena malapkan gerakan Liberal ni dan kalau boleh kena padamkan terus. Semua orang kena buat kerja dengan cara masing-masing, ikut kemanpuan masing-masing, ikut kepakaran dan kebolehan masing-masing. Biar YB Zul dengan cara dia dan kita-kita yang mengaku tak setuju dengan Islam Liberal ni, kena buktikan ketidaksetujuan kita dengan tindakan, takat tak setuju dalam hati ja tak cukup pasai kita ada kuasa mencegah dengan tangan kurang-kurang pun kita masih ada suara.
Artikel berkaitan: