Ramai yang yakin lompatan akan banyak dari belah timur sampai PakLah pun lambak 'makanan' masa bajek baru ni. Masa kat Matang Pauh dulu Dr. Jeffrey Kitingan bagitau 13 dari Sabah akan lompat lepas Keadilan menang, Najib Razak pulak cepat-cepat nafi dan sampai hari ni dah 10 hari sekor pun tak lompat lagi. Lepas tu ada pulak yang berfiirasat 30 Ahli Parlimen BN yang akan lompat majoritinya Ahli Parlimen Semenanjung. Dominique Ng pulak yakin lebih 40 akan lompat. Kemarin Fariz Musa mana tah kata dah ada 43 MP BN nak lompat, dari mana dia tak bagitau.
Ada sorang member bila ada sorang member lagi tanya "Mungkin ka 16 September tukar kerajaan?"
Kata member tu "Sesungguhnya kemungkinan 16 September tu sendiri pun hanyalah satu kemungkinan, mungkin ya mungkin tidak, segalanya berkemungkinan"
Kalau tanya aku, baik tak jadi dari jadi sebab pada aku rakyat belum cukup mau lagi, setakat ni yang pasti rakyat kat Matang Pauh dah konfirm, kat tempat lagi belum tentu. Kalau nak konfirm kena tunggu pilihanraya lain laa tak pun buat pungutan suara
Tapi setakat ni bagi aku statement kopitian bang nan yang paling best:
"Mu silap Major....betullah Anwar cakap 16 September...tapi tahun tak tahu...mana Anwar ada sebut tahun bila..?? Ha ha!!"
artikel yang patut dibaca - Congaklah sendiri!