Paklah serah pada Rosmah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 18, 2008

Paklah serah pada Rosmah?

Belum pun 2010 peralihan kuasa antara Paklah dan Najib dah pun berlaku. Kuasa Paklah di Kementerian Kewangan dan Khazanah Negara dah pun beralih kepada Najib. Kuasa Najib pulak di Kementerian Pertahanan beralih kepada Paklah.

Apa tujuan peralihan yang ni ramai yang buat andaian. Ada yang kata pasai Paklah bersiap nak buat mageran. Kalau surat dari yang teringin jadi PM, memang termasuk salah satu dari cadangan pilihan untuk Paklah. Tapi pasai apa pulak dia bagi Kementerian Kewangan kat Najib.

Kalau ikut yang tersurat, Paklah kata dia nak test Najib, kalau Najib boleh perform tak payah tunggu 2010. Masalahnya penasihat utama Najib depa kata bini dia. Tak pernah terbukti kebolehan bini dia ni jaga duit, tapi kalau bab perabih duit depa kata dia ni memang teror, sampai ada yang kata dia ni Emelda Marcos Malaysia. Ada chan ka Najib nak boleh perform? Kalau ikut nasihat Rosmah nampak gaya memang Najib tak payah tunggu 2010 pasai lepas 2010 pun belum tentu Paklah nak serah kuasa kat Najib.

Tapi, yang aku heran awat jadi serah kuasa macam ni. Paklah ni memang jenih tak faham ka? Yang depa suruh percepat tu bukan peralihan kuasa lagu tu. Depa suruh serah kuasa jadi PM dan Najib tak perlu serah apa-apa kuasa kat Paklah.

Macam sebelum ni, masa nak PRK Matang Pauh Paklah turunkan harga minyak RM0.15, dengar khabar angin berita baik tak lama lagi Paklah nak turunkan lagi harga minyak. Lagi satu tak faham orang tua ni, yang ramai dok heboh ni bukan suruh turun harga minyak tapi Paklah yang depa suruh turun, kalau takat perturun harga minyak sapa pun kalau jadi PM dia reti.

Tapi kalau Paklah peturun minyak sebelun raya ni elok jugak, bagi laa turun banyak sikit. Semangat laa sikit depa yang nak balik kampung, dah laa tiket bas pun belum tentu ada, harga naik pulak tu. Ada laa peluang kak aku nak duduk kat Kuala Terengganu tu balik kampung. Takkan nak suruh depa balik naik bas, kesian kat kak long nak kena jaga adik dia yang autisma tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...