Presiden PAS setuju dengan idea Dewan Pengawal Fasal 5? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 12, 2008

Presiden PAS setuju dengan idea Dewan Pengawal Fasal 5?

"pendirian terbaru Pas yang bertegas mahu keluar daripada PR sekiranya ‘kerajaan baru’ selepas 16 September ini tidak lagi menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan dan terpinggir." laporan Sinar Harian online.

Yang pertama aku taktau betul ka dak statement macam tu keluar, mungkin juga bunyi macam2 tu tapi tak sama macam tu cuma dengar macam sama, pulak tu mungkin nada ucapan membawa maksud lain.

Maksud aku, kita2 yang takdak dalam program tu hanya mengharapkan dari perawi yang belum tentu adilnya kalau guna prinsip merawikan hadith yang kemudiannya dikategorikan kepada berbagai tahap termasuk sahih atau palsu.

Yang kedua kalau betul kenyataan tu, kita boleh kaji pulak yang tersirat dan tersirat. Yang tersuratnya memang betul laa PAS akan keluar, kalau Islam tak jadi teras dan terpinggir.

Apa masalahnya dengan tu, dah nama pun Parti Islam Semalaysia, takkan nak perjuangkan Islam pun tak boleh, kalau tak boleh baik buang saja perkataan Islam tu, tambah pulak dasar PAS dalam pasal 5 terang dan jelas dan PAS tak pernah teringin nak buang fasal ni dari perlembagaan parti.

Fasal 5 . Perlembagaan PAS :
Tujuan PAS ialah :
  • 1 : Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai – nilai hidup Islam dan hukum – hukumnya menuju keredhaan Allah.

  • 2 : Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara.

  • Depa ingat masa sebut ayat tu Presiden PAS lupa kot yang la ni masih dalam Pakatan Rakyat yang bukan takat ada keadilan tapi juga ada DAP, malah PAS cukup sedar sokongan Kelab Penyokong PAS cukup besar masa pilihanraya lepas, takkan kut depa anggap Presiden PAS pelupa teruk sampai macam tu.

    Pada aku elok pas sebut secara jelas la ni, kalau dah lepas 16 September baru nak sebut lagi tak elok, lagi karut kalau dah berbagi kerusi menteri baru nak berbunyi. Masa tu kalau keluar kenyataan pelik sikit depa mesti kata pasai PAS tak setuju dengan pembahagian kerusi menteri, tu yang cakap pun dah lain macam.

    Biar kita transparent, kalau setuju kerjasama dengan PAS kena terima seadanya, takkan nak harap PAS jadi pak turut ja, kalau macam tu baik suruh bubar saja PAS lepas tu semua masuk parti tu. Tak pun macam idea Karpal, pecat PAS dari Pakatan Rakyat.

    Tapi yang lebih penting bukan maksud tersurat tapi maksud tersirat, yang pada aku mungkin berbunyi "hangpa jangan ingat kami taktau apa yang hangpa tengah rancang? takkan hangpa ingat kami nak buat-buat tak manpak jaa kut. kami dah lama bincang isu Islam liberal ni, sekali kilas dilaut dah kenai jantan betina."

    Dan aku cukup yakin yang maksud tersirat tu tak dituju kat 'orang tu' tapi nak peringat sambil bagi sikit gertakan kat puak-puak liberal ni, jangan dah dapat betih nak paha pulak, kalau ada yang tak puas hati mai duduk berbincang, bukan berbincang sama-sama hangpa, lepas tu buat resolusi yang Islam ni begian-begian. Lepas tu segala fraksi diberbagai media akan sambut pulak, goreng lagi biar lebih menarik. Biar ramai lagi keliru.

    Pada aku biar kita bertegas awai-awai dari kita berparang kemudian hari, pasai orang beriman ni dia kalau pasai PAS dia boleh lagi laa 'nanti sat' tapi kalau babitkan Islam ni masih ramai yang sanggup apa saja. Dan jangan tak tau dalam lirik lagu Unit Amal ada ayat "mati cita-cita tertinggi kami" dan saja nak peringat yang depa-depa tu bukan takat saja-saja suka-suka nyanyi macam geng karaoke.

    Sesungguhnya walaupun tanpa secara rasmi, dikalangan ahli PAS masih ramai yang sanggup menjadi Dewan Pengawal Fasal 5 dan aku cukup seronok kalau Presiden sendiri sanggup jadi Ketua Dewan.

    Tapi kalau tanya aku, aku nak tekankan sekali lagi biar laa sampai pilihanraya Umum lagi sekali laa baru tukar kerajaan, lompat melompat ni bukan budaya 'kita' , tu budaya katak dan yang sewaktu dengannya, tak sanggup aku bermenterikan orang yang berbudaya katak.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...