Saja aku nak tambah bagi lagi thrill. Satu hakikat kemungkinan yang tak boleh diketepikan. Kalau Anwar KALAH kat Permatang Pauh, mungkin riwayat kerajaan PR kat Perak tak panjang, mungkin lebih awal dari yang Tajol Rosli nak. Selangor jugak mungkin tumbang, yang nampak selamat cuma Kelantan dan Penang ja kut dan mungkin jugak Kedah sebab ramai YB PAS.
Umnio akan PASTIKAN Anwar KALAH walau dengan apa cara sekalipun pasai Permatang Pauh adalah penentu hidup mati Umnio. Keazaman Umnio dah dizahirkan dengan langkah pertama mengadakan hari mengundi pada hari bekerja.
Dengar kabar angin duit RM5k yang ada orang bagi kat Jamaluddin Posmen dah sampai 'sebahagiannya' ke Permatang Pauh.
Faktor Hanafi Mamat Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) pun jangan diabaikan, tara nenek 89 tahun, Maimun Yusuf pun dah boleh menghalang Mat Sabu ke Parlimen.
Kenyataan DAP hari ni pulak yang sekali lagi peringat yang depa takmau negara teologi PAS.
Sebelum tu dengan bangganya diwar-warkan sokongan Gus Dur dan Estrada, dua pemimpin Asian yang langsung orang PAS respek pun dak, jauh sekali nak kagum. Gus Dur dengan imej bercalar dalam tuduhan skandal seks manakala Estrada seorang bekas pelakun yang disingkarkan kerana rasuah
Dan jangan lupa dengan benteng terakhir iaitu Akta pilihanraya yang amat mudah untuk digunakan untuk membatalkan kemenangan calon.
Jangan terkejut kalau Anwar 'kalah atas kertas' sama macam masa duit bank negara 'hilang atas kertas' suatu masa dulu.
Saja nak ulang sekali lagi, aku cukup tak setuju berkawan dengan katak semata-mata nak pi Putrajaya. Pada aku alangkah baiknya kita bersabar sikit ja lagi, kita tunggu pilihanraya umum, dalam pada tu kita buktikan dengan 5 kerajaan negeri yang dok ada dan dalam masa yang sama bersiap sedia dengan segala ilmu dan pengetahuan moga-moga masa tu kita berpeluang mengambil alih pemerintahan secara mutlak macam air mutlak nak buat wudhu.
Apa-apa pun, jangan ajak aku pi Permatang Pauh, takut panas telinga dengar jawapan aku. Takat hari ni aku belum teringin nak pi sana, tengok laa kalau dalam sehari dua ni 'mentor' aku ajak pi sana makan angin sambil dengar ceramah Umnoi mungkin kut, tu pun tak tentu lagi.
Supaya hangpa yang pi Permatang Pauh tak bercakap merapu elok baca blog ni untuk memantapkan fakta.