Kesian Pak Bakar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 12, 2008

Kesian Pak Bakar

[IMG_0832.JPG]Bila baca entry first bakar lepas kena tahan, sedih pun ada tapi yang lebihnya kesian. Bukan apa aku dok agak mungkin dia teringin jugak nak masuk 'pusat' macam pejuang-pejuang yang lain, walaupun dia pernah mengaku dia penakut. Macam aku jugak kut, memang penakut, bukan takut kena tangkap tapi takut tak mampu nak tahan, jenis iman kulit bawang, cucuk sikit dah berlubang, tapi kadang-kadang teringin jugak.

Walaupun dah dapat masuk 'pusat' tapi dia langsung tak bangga. Tara Ezam yang depa la ni dok kutuk sakan pun dulu masuk 'pusat' 2 tahun dengan cara yang disanjung, dipuja, tapi kesian Pak Bakar pasai dia rasa dia masuk pasai bangang bukan masuk pasai memperjuangkan yang hak atau menentang yang batil.

Apa pun Pak Bakar, jangan laa rasa down sangat, sekurang-kurangnya Pak Bakar masih berani mempertahankan artikel dalam tulisan tu pasai tak ramai yang sanggup mempertahankan apa yang ditulis depan polis, dan aku cukup yakin antara yang tahan dan soalsiasat Pak Bakar tentu ada dari jenis polis jahat, saheh punya. Cumanya depa tak berapa nak boleh debik pasai keadaan kurang kondusif, tak berapa nak releven. Mungkin lain kali.

Aku teringat sorang member aku yang pernah bawa teksi kat KL, dia kata "aku tak heran sangat dengan budak-budak yang masuk U pasai aku dulu hampir tiap-tiap hari masuk U, Universiti Malaya lagi, lagi lebih aku dari depa pasai depa tak pernah masuk lokap pasai demo.(???)

Tah laa... aku pun tak berapa nak faham apa kaitan antara masuk U dengan masuk lokap.

Apa-apa pun Pak Bakar, teruskan mengayuh beca, mungkin lain kali ada kesempatan yang dinanti-nanti, dan masa tu Pak Bakar takkan jadi orang yang sama.

Kayuh cermat jiwa selamat
Gatal jari tangan digari
Kalau memblog tidak berhemat
Dicekup polis di malam hari

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...