Kenali Bakal PM Anda melalui Ahmad Hadeed | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 12, 2008

Kenali Bakal PM Anda melalui Ahmad Hadeed

"

Fakta : Anwar Ibrahim


Al Gore, Paul Wolfowitz, Shah Riza


ANWAR IBRAHIM

Antara sahabat baiknya adalah Paul Wolfowitz - bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika, juga bekas Pengerusi Bank Dunia serta Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Yang lain-lain Josef Estrada, Fidel Ramos.


Selepas dibebaskan :-

Selepas dua bulan, dijemput ke England dan Amerika untuk menjadi Pensyarah Kehormat. Mendapat jawatan sebagai Fellow Pelawat dan Ahli Bersekutu Kanan di Kolej St Anthony, Oxford. Pensyarah Kehormat Catherine’s College, Oxford University.

Distinguished Senior Visiting fellow : Di Pengajian Lanjutan Antarabangsa Johns Hopkins School of Advance, Washington DC.

Distinguished Visiting Professor - Georgetown University.

Pengerusi Yayasan Masa Depan - Washington ( Pengaruhnya telah berjaya meminta Bank Dunia memindahkan Shah Riza - bekas teman wanita Paul Wolfowitz dari Jabatan Negara Amerika, untuk bertugas di situ)

Penasihat Kewangan Emir Qatar, Doha - bertempatnya Pengkalan Tentera Amerika untuk Perang Iraq.

Bertemu Pemimpin Agama Afrika Selatan, Desmond Tutu. Juga Mary Robinson, bekas wakil khas Bangsa -bangsa bersatu mengenai Hak Asasi Manusia.

Menganggotai Lembaga Penasihat Generation Investment Management Group, sebuah syarikat pelaburan antarabangsa yang berpusat di London.

Pada 24 Februari 2005, Diraikan dalam satu majlis oleh Jim Wolfenson, Presiden Bank Dunia di pejabatnya di Washington DC.

Pada hari yang sama, mengadakan pertemuan dengan Elliot Abrams, Penasihat Presiden Bush dan Pengarah National Security Council.

Juga kemudiannya menemui Pemangku Setiausaha Negara Amerika, Robert Zoellick - Timbalan Setiausaha Amerika yang bertanggungjawab terhadap perkembangan politik dan pembangunan Asia Barat.

Pada 25 Februari 2005, memberi ucaptama di sebuah majlis di Florida, yang dihadiri bekas Setiausaha Pertahanan Amerika, William S. Cohen.

27 Februari 2005 : Menemui pengurus-pengurus dana Eropah dan Amerika, dari Washington, New York, London dan Geneva. Antara yang terkenal ialah J.E Robert, Pengerusi JE Robert Companies dari Washington DC.

Tour menjelajahi bumi Amerika ini diakhiri dengan bertemu Madeline AlBright, bekas Setiausaha Negara Amerika di Washington DC. Beliau juga Pengerusi Institut Demokratik kebangsaan ( NDI ), negara Amerika Syarikat.

ANWAR selepas dibebaskan pada tahun 2004 :

Sebagai orang yang PAKAR BERCAKAP, dia pernah dipanggil beberapa institusi kerajaan dan universiti untuk memberi ucapan. Antaranya Harvard University, Columbia University, Turki, Canberra, Turki, Washington DC, Turki, University of Washington, Stanford University, Chicago University. Di Washington dia ada berucap dalam satu talk dengan tajuk ” Inter-American Development Bank Forum on the Americans“.

Media yang telah menemuramahnya : Hard Talk BBC , Worldview Magazine, Fortune, Business Week, Jakarta Post, Washington Post, Bloomberg TV. Berita positif mengenai dirinya telah keluar di Jerusalem Post baru-baru ini.

Sejurus selepas PRU 12, telah mengunjungi 400 pengurus dana di Hong Kong. Bertolak ke Bahrain menemui pelabur Arab, juga ke Switzerland untuk menemui para pengurus dana di sana. Kesemuanya berkaitan pelaburan pihak Barat ke sini ( atau dana politik)?

Beliau lebih berminat kepada Agenda Ekonomi Malaysia akan dibentuk menggantikan DEB. Bagi beliau ketuanan Melayu adalah nonsense dan Malaysia baru perlu di wujud.

Pemerintahan Anwar dikaitkan dengan kes penangkapan peserta Ratu cantik Melayu oleh arwah bekas Mufti Ishak Baharom. Dia penyelamat para Ratu Cantik yang separuh lengkap berpakaian itu. Juga simpati terbukanya ke atas kes pembatalan konsert KRUmania, semasa memegang Jawatan Timbalan Perdana Menteri. Beliau mahu dilihat sebagai pemimpin moderate, progresif dan tidak terikat dengan pegangan agama secara melampau. Salman Rushdie pernah disifatkannya sebagai ‘profound writer’

Yang sah HARAM pada Anwar adalah jemaah Arqam. Beliaulah tunjang dan mastermind kejatuhan dan pembubaran Arqam, serta penangkapan ISA para pemimpinnya.

Semasa dalam UMNO beliau berlawan dengan Ghafar Baba, Daim Zainudin dan Dr Mahathir. Projek Bakun menjadi rebutan antara kroni Anuar dan kroni Daim dan sekarang Bakun tinggal kekeringan di dalam hutan selepas jatuhnya Mahathir.

Dalam proses untuk menjadi PM semasa zaman Mahathir Jemaah Islam terkenal ABIM turut hancur tanpa berkubur.

" katanya melalui Al Muslimin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...