
Katanya ada Projek 3P. Permatang Pauh > Parlimen > Putrajaya. Nampaknya P yang pertama dah berjaya selepas menempuh kesukaran kebontotan di Permatang pauh. P kedua berjaya tampa ada halangan, cumanya takdak siaran langsung kat TV.
Jadinya P yang ketiga bila pulak.

Pembentangan Budget petang ni boleh jadi budget hidup mati UMNO lepas tinggal setengah nyawa dihentam di Matang Pauh. Ada jugak yang kata bajet ada berita gembira untuk rakyat.

Adakah Paklah boleh bagi imbuhan cukup banyak untuk menghalang proses 'bertukar' menjadi KATAK lalu melompat. Ataupun LALAT yang disediakan disebelah yang satu lagi cukup lumayan untuk 'bertukar' jadi KATAK lalu melompat
Apa-apa pun, projek 3P hanya boleh berjaya hanya jika ada yang 'bertukar' menjadi KATAK lalu melompat. Kalau itu terjadi jangan marah kalau aku jugak ikut kata kerajaan yang terbentuk itu adalah 'KERAJAAN KATAK'
Dari itu, aku suka ulang sekali lagi yang dah berapa kali aku ulang, kita tunggu PILIHANRAYA UMUM lagi sekali laaa, tak payak laa kalut sangat. Kalau tak larat nak tunggu 4 5 tahun lagi tekan Paklah supaya bubarkan parlimen awai. Dah 50 puluh tahun rakyat tunggu, jangan laa kita mencemarkan kerajaan baru dengan nama yang tak cantik untuk dikenang oleh generasi akan datang
