Aku cuma nak ucap Selamat Berpuasa kepada diri aku sendiri, moga-moga aku berjaya khatam Quran tahun ni setelah GAGAL sejak beberapa tahun yang lepas. Sebenarnya aku pun tak pasti pernah ka dak aku khatam Quran sebulan Ramadhan sepanjang aku hidup.
Kalau pilihanraya bulan sebelas tahun ni. mampus. Biasa laaa PAS, bulan puasa bulan cuti, tak pun separuh cuti kecuali untuk sebahagian kecil sahaja.
Bukan sengaja nak cuti. Dah memang PAS sinonim dengan bulan, jarang sangat bulan keluar siang, kalau keluar pun tak ada maknanya sebab matahari lagi cerah.
Begitu jugak laaa PAS, bila malam bulan Ramadhan yang hanya sempat lepas Isya' tu hanya tarawikh, habis lebih kurang pukul 10.00 lepas tu perut lapar pulak, sama ada balik makan kat rumah atau pun cari kerang rebus.
Balik dari makan kerang rebus paling awal pukul 12 laa kut!! Dan lagi ka nak mesyuarat??? Jawabnya "UPU TUTUP KEDAI"
begitulah adanya....
KECUALI SEBAHAGIAN KECIL