Aku orang IT?? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 12, 2007

Aku orang IT??

Sabtu tadi aku antara lebih seribu yang hadir di Markaz Taman Melewar untuk Persidangan IT 2007. Satu program yang boleh di kira berjaya memandangkan ianya dikendalikan oleh petugas 'part-time' kecuali sorang dua yang memang kerja full-time dengan Pejabat Agung.

So beware UMNO, PAS IT machenery is in full force.

Yang paling ..... (tak pasti istilah paling sesuai) memang ramai sekali geng naga, jenis nak kena berasap hidung memanjang, berbaris laa kat belakang dewan dekat dengan tandas.

Depa-depa ni bukan jenis nak dengar ceramah sangat, jenis yang lebih selesa dengar ceramah online kut, jadinya gerai kat luar tu memang sentiasa ada pelanggan yang pakai kad peserta kat baju.

Bagi aku tak jadi masalah sebab sebagai 'ketua rombongan' ada ahli rombongan yang setia duduk kat dalam tu menghayati setiap butir bicara dari atas pentas. Apa-apa hal boleh rujuk kat depa.

Tapi yang pastinya, target group program tu lebih kepada orang atas-atas di kawasan dan MTD, bukannya jenis macam aku yang 'hand-on' perkakas ICT.

Apa-apa pun, moga-moga lepas ni, semua pejabat PAS dan MTD lengkap dengan IT gadget dan yang lebih penting lagi, personel yang akan mengendalikannya, dengan sokongan kuat pimpinan di belakang depa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...