Apakah motif penculikan ada kena mengena dengan kononnya penglibatan Pastor Raymond Koh dalam usaha pemurtadan? Adakah penculikan ini sekadar tindakakan jenayah tetapi agak pelik kerana hingga kini tiada tuntutan wang ringgit diminta oleh penculik.
Sumber image: freemalaysiatoday |
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sedia menawarkan diri untuk berunding dengan penculik Pastor Raymond Koh Keng Joo demi menjaga nama baik Islam.
Dr Mujahid dalam satu kenyataan hari ini berkata, sekiraya ada dakwaan usaha pemurtadan ia perlu dibuktikan di mahkamah dan bukan diambil tindakan mengikut keputusan sendiri. - Malaysiadateline.
Dr. Mujahid dalam kenyataan media menulis:
MANA PASTOR RAYMOND KOH KENG JOO
Semalam saya berada bersama beratus orang berhimpun untuk solidariti bersama Pastor Koh yang diculik secara misteri dan tiada khabar berita tentangnya hingga kini. Saya hadir atas kapasiti rakyat Malaysia yang prihatin tentang isu keselamatan awam dan hubungan antara agama yang semakin buruk di negara ini.
Peristiwa penculikan Pastor Koh pada 13hb Feb yang lalu pada siang-siang hari di celah kesibukan kawasan kejiranan menimbulkan berbagai persoalan. Pertama ialah tentang keselamatan awam dan kedua ialah motif penculikan, kedua asas kebimbangan ini mendedahkan negara kepada satu persoalan, adakah kita semua selamat fizikal dan mental dari penjenayah yang menggugat keselamatan awam?
1. Bagaimana sehingga kini lebih dari sepuloh hari berlalu tiada berita tentang penculikan ini? Adakah Pastor Koh masih hidup? Kalau ya di mana? Bagaimana risikan polis dalam kes ini?
2. Pastor Koh juga pernah menerima ancaman dikirim 2 butir peluru hidup pada tahun 2011 dan dikaitkan dengan 'usaha pemurtadan' melalui NGO Komuniti Harapan yang dipimpinnya, namun sehingga kini tiada bukti kepada tuduhan ini apatah lagi dakwaan di mahkamah.
3. Serbuan ke gereja DUMC pada tahun 2011 oleh JAIS juga menimbulkan kekeruhan hubungan beragama di Malaysia dan kes ini selesai tanpa bukti pendakwaan. Pastor Koh dikaitkan dalam majlis 'pemurtadan' ini.
Apakah motif penculikan ada kena mengena dengan kononnya penglibatan Pastor Koh dalam usaha pemurtadan? Adakah penculikan ini sekadar tindakakan jenayah tetapi agak pelik kerana hingga kini tiada tuntutan wang ringgit diminta oleh penculik.
Jika motif penculik kerana kebencian agama, ia amat malang bagi negara ini kerana ini menandakan unsur ekstrimisma dan keganasan semakin berani menonjolkan dirinya dan mencabar ketenteraman awam.
Saya menawarkan diri untuk berunding dengan penculik demi menjaga nama baik Islam jika motifnya adalah di atas kebencian agama kerana Islam tidak mengajar manusia membenci antara satu sama lain disebabkan kerana kepercayaan seseorang. Jika ada dakwaan usaha pemurtadan ia perlu dibuktikan di mahkamah dan bukan diambil tindakan mengikut keputusan sendiri.
#AmanahDemiNegara
DATO' DR MUJAHID YUSOF RAWA
Ahli Parlimen Malaysia/
Naib Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
6 Mac 2017
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis